اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, February 23, 2015

Rakyat dan ‘mengarut’


Oleh Timmy Say

Rakyat Malaysia hari ini dijaja 360 darjah dengan pelbagai isu.Di barat, ada seorang peguam terkenal yang menjadi pendakwaraya sibuk mengendalikan “roadshow” untuk menceritakan kemenangannya dalam kes liwat.
Bibit-bibit adegan seks, yang dikhabarkan cerita benar, yang diceritakannya menjadi liputan media.


Pertama kali dalam sejarah, pendakwaraya perlu berjelajah menyakinkan rakyat bahawa mahkamah persekutuan tidak membuat silap. Hakim-hakim yang terlibat tidak sibuk, tapi pendakwaraya yang kelihatan sihat. Peliknya ialah ada para pemimpin Umno yang menyokongnya. Tertanya-tanya, apakah ada orang Umno yang tak percaya cerita itu ke?

Di sebelah satu lagi pula cuba mengadakan demo jalanan untuk menyakinkan dan menanam pemikiran di dalam rakyat, bahawa yang dipenjara itu ialah tahanan politik dan bukan penjenayah.
Percayalah, rakyat tahu siapa yang mengarut.

Di timur pula, tiba-tiba muncul konspirasi melibatkan pegawai penyiasat kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, DSP Jude Blacious Pereira, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi badan mencegah jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan.
Cerita pendeknya ialah selepas Anwar dipenjara, Jude muncul dan mendakwa bahawa dia diminta untuk membuat satu kenyataan media mengakui bahawa kes berkenaan memang satu konspirasi politik ke atas Anwar – yang melibatkan Musa dan Sanjeevan.

Cerita itu kini menjadi Jude kata begini, Musa kata begitu dan Sanjeevan kata apa itu.
Percayalah, rakyat juga boleh bau siapa yang mengarut.
Di selatan pula, konspirasi yang berumur 9 tahun membabitkan pembunuhan kejam Altantuya kembali hangat selepas kes tersebut tamat di mahkamah pada 13 Januari 2015.
Ramai yang tiba-tiba berminat untuk mengetahui apa yang Sirul hendak beritahu, tapi tidak diberitahunya ke mahkamah. Semua ini kerana persoalan hangat yang masih tidak terjawab kini ialah apakah motif di sebalik pembunuhan kejam itu.

Konspirasi ini pula dihangatkan lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata apa yang dikatakan Sirul bahawa dia hanya bertindak mengikut arahan itu “mengarut.”
Apa yang mengarut mengenai itu tidak dikenal pasti, tapi, percayalah rakyat lebih tahu mengerti apa sebenarnya yang boleh dikategorikan sebagai mengarut.

Dengan drama di timur, barat dan selatan yang begitu menarik, lahir rasa kebimbangan pada rakyat yang terlupa apa yang berada di utara yang sedang menuju ke arahnya.
GST, kejatuhan ringgit, masalah hutang 1MDB dan kejatuhan FGV – semuanya kian dimalapkan oleh apa yang berlaku di barat, timur dan selatan. Memang ini perbuatan ahli politik dan media.
Mereka buat kerana mereka sedar rakyat sendiri yang sukakan benda-benda sensasi sebegini.
GST, kejatuhan ringgit, masalah hutang 1MDB dan kejatuhan FGV – ini semua berita boring – kena buat kes study baru boleh keluar kenyataan – dan selepas itu rakyat pula tak baca kerana ada berita barat, timur dan selatan yang lebih sensasi.

Dalam hal ini, percayalah rakyat lebih suka cerita mengarut daripada yang tidak mengarut. Cuma harap bila musim salji datang mengunjung, jangan kata tak sedar sudah.

- themalaysianinsider.com


Posted on Monday, February 23 @ 14:32:32 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment