Haru: Hadi Tolak Wan Azizah, 13 ADUN Tolak Azmin!
Apabila Parti Kalut Dan Riuh (PKR) dan Parti Agah Sorang (PAS) tunjuk bagak
Rakyat selangor jadi bengang!
Penyokong jadi bingung......
Rakyat selangor jadi bengang!
Penyokong jadi bingung......
Published: 26 August 2014
Setiausaha Agung PAS Datuk
Mustafa Ali yang mengetuai sidang media semalam selepas tamat mesyuarat
pemimpin tertinggi PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.
Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya
sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak
calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed
Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka
memutuskan menghantar dua nama.
Mesyuarat
semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang
Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk
jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, kata sumber.
“Terdapat
ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas
30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah.
Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu
The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan
itu.
PAS mempunyai
15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor
manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan
Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini
menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.
PAS, PKR dan
DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua
dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi
negeri itu.
Sumber itu juga
memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS
Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar
kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.
Mohamad tidak
ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan
timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan
mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga
Hanipa.
Hadi juga tidak
bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS
Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan
memberikan penjelasan kepada media yang menanti.
Dalam mesyuarat
semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan
Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit
selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan
menyokong Azmin.
"Presiden tidak
mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya
kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber
kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Sebaik saja
selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan
satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan
dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor
dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”
Mustafa juga
enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden
Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya
memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.
"Mesyuarat
(semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan
berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.
“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”
Sumber berkata,
ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana
beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin
dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.
"Presiden
memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata
sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak
memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.
13 Adun PAS
Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang
Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan
mereka kepada Dr Wan Azizah.
Kali terakhir
mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin
juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk
membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK)
Pengkalan Kubor.
Mustafa semalam
berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun
PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai
menteri besar.
Bagaimanapun,
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat
mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.
Beliau berkata,
tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu
kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – 26 Ogos, 2014.
Posted by
mountdweller
at
8:45 AM
No comments:
Post a Comment