اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, August 23, 2014

Penyudahan Issu Selangor: bersiap siaga untuk semua kebarangkalian






Hari ini, Tuanku Sultan Selangor( Sultan kepada semua rakyat) kembali ke dalam negeri. Tugasan rasmi yang pertama ialah sudah pasti menyampaikan surat perlantikan sebagai MB Selangor baru. setakat ini, yang dikemukakan oleh PR- parti yang merupakan majority dalam DUN Selangor ialah Wan Azizah. Bila , kita tidak tahu. Mungkin hari Isnin.

Apa yang mungkin dilakukan Tuanku Sultan? Setahu saya secara konvensi, Tuanku Sultan akan menerima pakai nama yang dipersembahkan. Nama itu akan dikemukakan oleh seorang tokoh yang dianggap menguasai suara majoriti dalam dewan. Tokoh yang dilihat sebagai mewakili suara majority ialah Wan Azizah. Maka Wan Azizah mewakili Pakatan Rakyat akan mengemukakan nama nya. secara konvensi nama itu akan diterima.
Rintangan teknikal seperti anak Selangor lah, wanita lah, semua adalah rintangan yang boleh diatasi. Kewanitaan tidak menghalang jadi MB kerana setengah tugas yang memerlukan kehadiran seorang lelaki boleh diperturunkan kepada timbalan MB atau jika tidak ada timbalan MB kepada seorang exco kanan. Apa yang susah nya? yang susah tidak ada, yang menyusahkan itu banyak- perempuan datang haidlah, perempuan tak boleh itu dan ini dan seterusnya.
Saya tidak tahu Nona wan azizah lahir dimana. Tapi dia sudah menetap lama didalam negeri Selangor untuk sudah layak menjadi naturalized Selangorian. Dan Wan Azizah bukan wanita yang tidak deketahui umum, dia seorang ahli politik, isteri kepada Anwar Ibrahim, bapa nya Wan Ismail. Rakyat Selangor menerima Wan Azizah sebagai anak Selangor. Sedangkan pendatang haram kita boleh terima sebagai warga negara setelah beberapa tahun tinggal diMalaysia dan diSabah , kita mewarganegarakan kumpulan manusia tertentu.
Ini semua tentangan2 kecil dan picisan yang datang dari puak mesra UMNO.
Tapi, apa mahu dibuat jika Sultan enggan menerima nama yang dicadangkan?  Yang saya faham, Sultan tidak boleh mencadangkan nama alternatif tapi boleh meminta pihak yang mendatangi Sultan, memberi satu lagi nama alternative. Memberi ruang untuk Sultan bertanyakan calun alternative bukanlah suatu arrangement constitutional yang baik, tapi demikianlah undang2 nya. kita nak buat macam mana.
Ini tidak sama dengan mengemukakan dua nama serentak untuk pertimbangan Raja.
Dalam keadaan yang demikian, sebagai persiapan dharurat, PKR dan PR harus bersedia dengan satu lagi nama. Nama yang disebut ialah Azmin Ali. Jika Tuhan mentakdirkan Azmin Ali diterima sebagai MB Selangor, maka dia lah yang akan menjadi MB.  Jika ini terjadi, warga PKR sendiri janganlah ribut pula dan bising enggan menerima. Jika ini terjadi, seluruh warga PKR termasuk Wan Azizah mesti berlapang dada menerima Azmin Ali sebagaimana Azmin menerima putusan yang dilakukan oleh pimpinan PKR dan PR tempoh hari.
Kita alih pandangan kepada Khalid Ibrahim. Apa yang Khalid Ibrahim bekas MB boleh lakukan? Dia tidak mendapat sokogan parti nya dan kali mutakhir PAS memilih untuk mensepakati keputusan PKR. Ertinya, Khalid hanya disokong oleh diri nya dan UMNO. Saya percaya pada ketika ini, Khalid sudah tahu sokongan UMNO tidak mempunyai nilai apa2 kecuali sengaja mengambil sikap membangkang demi membangkang.
Paling praktikal sekali pada pandangan saya ialah Khalid meletakkan jawatan sebabai ADUN Pelabuhan Kelang dan AP Bandar Tun Razak. Dia haus menawarkan diri nya untuk di hitung oleh rakyat sekali lagi atas nama dirinya sendiri atau parti baru yang dia anggotai.
Saya rasa yang paling jantan ialah Khalid bertanding atas tiket bebas kerana nama nya sendiri itu bermaqam tinggi daripada semua yang lain yang menduduki bumi Selangr ini. Bukankah dia dan penyokong nya semua sekali mengatakan rakyat mahukan Khalid? Jadi jika Khalid letak jawatan adun dan ahli parlimen, inilah peluang membuktikan kepada seluruuuh dunia bahawa si Khalid Ibrahim nama nya aku, ada sokongan dan dokongan.
Jika Khalid melakukan demikian, seperti kata orang2 Terengganu- mapuuh doh!
Tapi PR harus bersedia jika senario berikut berlaku.
Khalid tentu membawa dendam dalam hati. Daripada diaibkan oleh anggota dewan tatkala besidang dan dikemukakan undi tidak percaya, Khalid Ibrahim mungkin mahu membubarkan dewan. Khalid Ibrahim bukan peka kepada rakyat dan kepada politik kepartaian. Kepedulian nya terhadap perkara2 ini nil!. Daripada episode MB Selangor ini, ternyata Khalid seoarang megalomaniac. Kemungkinan besar Khalid Ibrahim akan membubarkan dewan.
Hal ini tentu disokong oleh UMNO dan konco2 nya. PM Najib tentu menyukai prospeks menebus kegagalan nya menawan kembali Selangor. Jika lah PRN berlaku, saya  mengajak rakyat Selangor sekali lagi mengajar Najib bahawa penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib tidak diukur setakat melakukan tafakkur untuk mangsa MH17.
Jika si siKhalid Penderhaka ini menyembahkan cadangan seperti ini kepada Tuanku Sultan bagaimana? Kecuali Raja yang bijaksana boleh membaca niat Khalid yang sebetul. Raja yang bijaksana tentu menyedari bahawa si Khalid tidak mempunyai sokongan majoriti. Ketika dia berdatang sembah kali pertama, maklumat yang tidak tepat disembahkan. Maka titah yang tidak tepat berhasil dari pemakluman tersebut.
Para penasihat Raja mestilah memberi pemakluman yang tepat. Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan pakatan rakyat. jika dia mahu bubar dewan, itu adalah cadangan yang datang dari perasaan dendam dan sakit hati.
Semua cakap2 biarlkan rakyat yang menentukan kedudukan Khalid datang dari suara mesra UMNO. Jika ada PRN- ianya hanya peluang para juak UMNO membikin wang yang banyak. Hasil nya tidak ada.
Rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat harus siap siaga mengenai apa jua keberangkalian. 

No comments:

Post a Comment