اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 10, 2014

Tol CIQ: PM, MB Johor mesti jawab tuduhan Nur Jazlan


HARAKAHDAILY 



KUALA LUMPUR: Sejak kenaikan mendadak tol sebanyak 480% pada 1 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin belum lagi menjelaskan rasional keputusan tersebut kepada rakyat.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, Keputusan yang begitu penting tidak boleh dianggap sebagai keputusan pentadbiran tetapi keputusan politik yang memerlukan kepimpinan politik.

"Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor tidak boleh mendiamkan diri dalam isu yang melibatkan kepentingan awam dan begitu serius sekali," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dalam rencana Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, berjudul “Putrajaya salah strategi isu kenaikan tol Tambak Johor” dalam The Malaysian Insider pada 4 dan 8 Ogos 2014, beliau membuat dua tuduhan:-

1. “Namun tanpa disangka, kenaikan tol di Tambak Johor dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) bertukar menjadi isu perkauman kerana ia dilihat lebih terkesan kepada masyarakat Cina yang lebih ramai bekerja di Singapura berbanding kaum lain termasuk orang Melayu.”

2. “Sebagai ahli Parlimen untuk semua kaum, saya berpendapat keputusan kerajaan menaikkan kadar tol berkenaan tanpa mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk saya sendiri selaku ahli Parlimen amat tidak menggambarkan konsep 'rakyat didahulukan'.”

"Dengan kata lain, Nur Jazlan menuduh bahawa keputusan untuk menaikkan tol CIQ oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Johor dibuat dengan pemikiran dan penghitungan perkauman dan juga mendedahkan bahawa tiada rundingan dengan wakil rakyat Barisan Nasional mahupun wakil rakyat Umno sebelum keputusan dibuat," ujar Liew yang juga Ahli Parlimen Kluang.

Tambahnya, tuduhan tersebut adalah tuduhan serius dan sudah tiba masanya Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor memberikan penjelasan dan mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin negara dan negeri.

"Mendiamkan diri bukan sifat seorang pemimpin yang bertanggungjawab," ujarnya lagi.

- HARAKAHDAILY 9/8/2014

No comments:

Post a Comment