KUALA LUMPUR:
Kemelut 1MDB yang masih tiada sebarang penjelasan terperinci dibimbangi
hanya akan menjadi satu bentuk penjajahan ekonomi hingga memaksa
kerajaan menandatangani perjanjian TPPA.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, berkata apabila kita tidak boleh keluar dari permasalahan 1MDB, ia akan membawa kepada masalah lain turut membabitkan pihak yang terlibat.
"Isu 1MDB ini akan membawa kepada masalah lain seperti Maybank yang memberi pinjaman kepada 1MDB. Dengan itu, ia akan menghakiskan keyakinan kepada institusi bank dalam negara. Apabila Maybank terkesan, ia juga akan membabitkan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
"Apabila PNB terkesan, maka ia akan memberi kesan pula kepada unit amanah seperti amanah-amanah saham yang ada, yang akhirnya akan mengheret dan memerangkap kita untuk mencari dana yang besar bagi menyelamatkan negara," kata beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Tambah Mahfuz, kebimbangan terhadap penjajahan ekonomi ini mula timbul apabila kerajaan memerlukan satu dana yang besar, yang memungkinkan kerajaan terpaksa meminjam dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
"Ini yang saya bimbang, apabila kita mahu meminjam dengan IMF, kita bimbang US akan meletakkan syarat, jika mahu meminjam dari IMF, kamu kena menandatangani TPPA," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Justeru, beliau mendesak kerajaan agar serius menangani kemelut 1MDB ini termasuk menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat secara terperinci berkaitan kemelut ini agar ia tidak menjadi seperti syarikat penerbangan negara, MAS.
Katanya, sudah sampai masanya kerajaan untuk memberikan penjelasan yang sebenar, selain bertanggungjawab dengan kemelut ini memandangkan ia merupakan kepentingan rakyat.
- HARAKAHDAILY 23/12/2014

No comments:
Post a Comment