اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, December 21, 2014

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan W.P Labuan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan pagi tadi menyatakan keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Berikut kenyataan JMM.



Seksyen A: Amaran untuk perairan Malaysia
(I) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan W.P Labuan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Rabu, 24 Disember 2014.

(II) Amaran ribut petir menyeluruh
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:

i) Pahang, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah (sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Seksyen B: Amaran untuk perkapalan

(I) Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Reef South, Kuching, Layang-layang, Labuan dan Palawan dijangka berterusan hingga Rabu, 24 Disember 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

(II) Amaran ribut petir menyeluruh

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:
i) Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Phuket, Selat Melaka Selatan dan Sulu dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad, 21 Disember 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

- HARAKAHDAILY 21/12/2014

No comments:

Post a Comment