اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, December 19, 2014

Apa sebenarnya kerja yang DBKL buat?


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nampaknya telah menjadi agensi penyumber luar (outsourcing agency) terbesar di Malaysia.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, sama ada benar atau tidak, Datuk Bandar dan juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Mula-mula kita lihat pengurusan sampah disumberluarkan kepada Alam Flora. Kemudian kontrak pembetungan pula diberi kepada Indah Water," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tandas awam pula, katanya dikawalselia oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



Tambahnya, pembersihan sungai pula menjadi urusan syarikat swasta di bawah arahan Jabatan Perdana Menteri, kontrak Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memantau aliran kesesakan dan kesalahan trafik pula didapat oleh Telekom Malaysia Bhd.
"Hal ehwal bil dan kutipan hasil pungutan daripada pengiklanan, serta lesen perniagaan dan komersial pula dipantau dan disimpan rekodnya oleh Oracle Synergy Sdn Bhd.
"Jadi apa sebenarnya kerja yang DBKL buat?" tanya beliau.

Justeru, katanya tidak hairanlah kenapa RM1.044 bilion yang merupakan 64.2% daripada belanjawan pengurusan DBKL berjumlah RM1.63 bilion bagi tahun hadapan akan dibelanjakan untuk perkhidmatan dan bekalan bermacam-macam kontraktor dan sub-kontraktor itu semua.
Selain daripada aktiviti berbasikal sebulan sekali pada hari tanpa kereta setiap pagi Ahad pertama setiap bulan, beliau ingin menggesa Tengku Adnan untuk menjelaskan kepada warga kota apa sebenarnya kerja DBKL setelah demikian banyak tugas-tugasnya disumberluarkan.
"Adakah tugas DBKL begitu picisan tarafnya setakat menukar nama jalan dan mengambil tindakan terhadap gelandangan?" soalnya lagi.

Bagi beliau, tidak masuk akal bagi DBKL mempunyai belanjawan RM2.44 bilion bagi tahun 2015 yang lebih tinggi sedikit berbanding belanjawan Selangor yang bernilai RM2.42 bilion walhal Selangor mesti melayani populasi 3.2 kali ganda lebih besar daripada Kuala Lumpur, dan kawasan perkhidmatannya pula meliputi seluas 33 kali ganda keluasan ibu kota.

- HARAKAHDAILY 19/12/2014

No comments:

Post a Comment