اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, December 28, 2014

Mangsa banjir tidur bergilir, pantau pusat pemindahan Kuala Krai

Sebuah bangunan di Kuala Krai ditenggelami air banjir. Mangsa di pusat pemindahan terpaksa bergilir memantau aras air.

Sebuah bangunan di Kuala Krai ditenggelami air banjir. Mangsa di pusat pemindahan terpaksa bergilir memantau aras air.

Mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah di Kuala Krai bergilir-gilir tidur pada waktu malam untuk memantau keadaan air.

Rosli Abd Ghani, 53, berkata pihaknya mengambil inisiatif berkenaan untuk menjamin keselamatan kira-kira 400 mangsa yang berada di pusat berkenaan, sejak banjir mula melanda jajahan itu 16 Disember lepas.

"Air semakin tinggi, jadi kita perlu pantau risau kalau air naik mendadak, kami akan berpindah sebab itu kami sentiasa memantau keadaan khususnya waktu malam.

"Memang kena banyak sabar dengan musibah ini tiada yang mampu dilakukan selain berdoa semoga air cepat surut," katanya hari ini.

Jajahan Kuala Krai adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir sehingga ada bangunan sekolah yang ditenggelamkan sehingga tingkat tiga.

Dalam perbualan yang terhad dan terputus-putus itu, beliau memberitahu sehingga petang tadi, banjir surut sedikit dan berikutan cuaca cerah hari ini air dijangka terus surut.

Beliau berkata bekalan elektrik yang terputus menyebabkan bandar Kuala Krai bergelap seperti sudah tidak wujud dan talian komunikasi juga tidak begitu baik.

"Ada sesetengah tempat sahaja boleh buat panggilan, jadi untuk berhubung dengan orang luar memang terhad.

"Saya juga perlu hadkan penggunaan telefon kerana bekalan elektrik tiada, buka sekali sehari kadang-kadang tu," katanya.

Seorang lagi penduduk Mazlan Zakaria, 49, berkata beliau terpaksa menaiki lima buah bot sebelum dapat berjumpa isteri dan anak-anak yang berada di pusat pemindahan.

"Masa itu saya berada di Laloh (Kuala Krai).. air naik menyebabkan saya tidak dapat balik... memang ngeri lihat arus deras... dua hari saya terkandas.

"Tiada jalan darat...dah macam lautan saya tengok.. Kalau tengok sendiri memang menakutkan sekelip mata bangunan lesap dan hanya nampak bumbung," katanya. – Bernama, 27 Disember, 2014.


www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment