اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, January 4, 2015

8 pembantu bekas MB diarah kembalikan RM2.6 juta


HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diarah menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu, lapor Selangor Kini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata MBI mendapati wujud beberapa perkara yang melanggar tatacara dan peraturan kewangan berhubung pembayaran berkenaan serta syarat kontrak yang dipersetujui.

“Setelah mendapat nasihat pihak peguam maka pengurusan baharu memutuskan menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu,” katanya kepada media, selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor di Stadium Malawati.

Katanya, tindakan akan diambil sekiranya pihak terbabit tidak mengembalikannya tetapi kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka meneliti dahulu surat berkaitan dan berbuat seperti diarahkan.

“Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, lapan pegawai Abdul Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Hasil semakan laporan audit ke atas bayaran pampasan itu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 Disember lalu mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran.

No comments:

Post a Comment