اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, January 4, 2015

Episod hujan monsun mulai 7 atau 8 Jan


HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Berdasarkan perkembangan terkini, MetMalaysia menjangkakan satu episod hujan monsun akan berlaku di mulai 7 atau 8 Januari 2015.

Sehubungan itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin menasihatkan penduduk yang terdedah kepada risiko banjir musim tengkujuh untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak menjalankan aktiviti rekreasi atau sukan laut berikutan dengan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Kedua) iaitu Angin Kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 4 Januari 2015. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Menurutnya, nasihat hujan lebat peringkat kuning pada 24 Disember 2014 kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga), dikeluarkan oleh Met Malaysia untuk Sabah pada 30 Disember 2014 yang berkuatkuasa sehingga 2 Januari 2015 akan pulih mulai 3 Januari 2015.

"Saya juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai dengan maklumat yang tersebar di media sosial mengenai Ribut Tropika "JANGMI" kerana ribut tropika JANGMI itu telah lenyap sepenuhnya di Laut Sulu pada 31 Disember 2014," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, lokasi terakhir ribut tropika ini ialah di Latitud 8.9 Utara dan Longitud 121.7 Timur, iaitu kira-kira 527km ke Timur Laut Sandakan.

Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia melalui agensinya, MetMalaysia, akan sentiasa memantau keadaan cuaca seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai ramalan keadaan cuaca ini akan dimaklumkan kepada pihak berwajib demi kepentingan orang ramai," ujarnya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat cuaca buruk atau tsunami yang tidak sahih yang banyak tersebar dalam media sosial.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline1-300-22-1MET<tel:1-300-22-1638> atau melawati laman sesawang MetMalaysia iaitu www.met.gov.my<http://www.met.gov.my/> dan laman sosial MetMalaysia di facebook <https://www.facebook.com/malaysiamet> atau twitter <https://twitter.com/malaysiamet>.

- HARAKAHDAILY 3/1/2015

No comments:

Post a Comment