Angkatan Muda PKR (AMK) bimbang sekiranya kerajaan benar-benar melantik
seorang pemimpin BN, Mazlan Ismail ke jawatan pengerusi Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pergerakan itu bimbang bahawa pelantikan itu akan memberi “perkembangan tidak sihat”.
Katanya, ini memandangkan Mazlan pernah bertanding untuk merebut kerusi parlimen Permatang Pauh daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga mempromosi Mazlan sebagai calon yang diura-urakan ke jawatan berkenaan.
“Kontrak (pengerusi sebelum ini) Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan.
“Akhbar milik Umno, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka.
"Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.
[Berita penuh menyusul]

No comments:
Post a Comment