اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, January 3, 2015

Bantuan RM500 juta melalui siapa?


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BAHARU:  Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu mempersoalkan kenapa anggota polis dan tentera tidak dihantar lebih ramai bertugas untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Menurutnya, jika Perhimpunan Bersih yang dianjurkan rakyat, kerajaan Malaysia boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, kenapa dalam kes banjir di Kelantan kerajaan pusat membisu.

“Pergerakan agensi kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.

“Kerajaan  sewajarnya mengarahkan kakitangannya terutama polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir di Kelantan kerana ia melibatkan nyawa manusia,” ujarnya.

Menurut Muhammad lagi, nasib mangsa banjir di pedalaman  amat menyedihkan. Banyak rumah yang musnah dan ada yang hilang bumbung seumpama tsunami dan ada yang sehelai sepinggang.

Sebelum ini banjir teruk pernah berlaku di Johor, Pahang dan Terengganu dan kini giliran Kelantan pula namun nasib mangsa banjir di negeri ini tidak ditangani sebaiknya.

Oleh itu tambahnya, rakyat menanggung derita dengan perbelanjaan kewangan yang begitu banyak untuk membina semula keluarga masing-masing.

Pada masa yang sama beliau menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Malaysia antara yang terbaik di dunia dalam menangani masalah banjir.

Tambahnya lagi, sebagaimana ketika pilihan raya juga, penglibatan polis begitu meluas ketika pilihan raya diadakan.

“Dengan khemah  yang besar dan segala bentuk peralatan disediakan termasuk bot walaupun di tempat pengundi yang tidak memerlukannya.

“Namun dalam soal banjir ini ternyata ia amat lemah ditangani oleh Perdana Menteri dan ia amat menyedihkan,” ujarnya lagi.

Muhammad tidak menafikan sumbangan barangan keperluan paling besar masuk ke Kelantan adalah dari badan-badan bukan kerajaan, individu dan tokoh-tokoh koprat.

“Kita ucap terima kasih banyak pada penyumbang yang begitu bermurah hati ketika mana mangsa banjir di Kelantan tidak dilayan sebaiknya oleh pemerintah,” ujarnya.

Katanya, ketika ini sumbangan masih mencura-curah tiba ke Kelantan sehingga hari ini dari negeri-negeri lain untuk membantu termasuk tenaga sukarelawan.

Dalam pada itu Muhammad turut musykil bahawa sumbangan banjir dari kerajaan Pusat sebanyak RM500 juta yang dimaksud itu hanya untuk Kelantan atau termasuk negeri-negeri lain yang terlibat dengan banjir.

Kalau di Kelantan pula contohnya, adakah peruntukan disalurkan melalui kerajaan negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan.

“Kalau melalui JPP kita tidak boleh berbuat apa-apa, bagaimanapun mengharapkan ia agihannya dilakukan dengan adil,” ujarnya.

 – HARAKAHDAILY 2/1/2015

No comments:

Post a Comment