اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, January 30, 2015

Dapatkah ‘bro-mantika’ Guan Eng dan Mat Sabu selamatkan Pakatan dari perpecahan?



 
ArtikelOleh Alyaa AlhadjriBak sebuah bom jangka yang sedang berdetik, gabungan Pakatan Rakyat yang berusia enam tahun sedang terancam untuk memusnahkan dirinya dan harapan penyokong, melainkan jika ada seorang pemimpin yang boleh menawar diri untuk membantu menamatkan persengketaan yang semakin memuncak di antara PAS dan DAP.



Lagipun, Mohamad diketahui berkawan rapat dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dari masa mereka berkongsi sel penjara di pusat tahanan Kamunting, berikutan penangkapan mereka di bawah ISA dalam Ops Lalang.
Kisah ‘bro-mantika’ mereka mendapat liputan beberapa tahun lalu, sebagai salah satu punca persetujuan perikatan Pakatan.

Pemimpin dari kedua-dua parti itu berbalah secara terbuka dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mengenai rancangan masing-masing untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan pilihan raya majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Persengketaan awam itu bagaimanapun memuncak hari ini dengan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggambarkan Lim sebagai seorang yang "mulut celupar”.
Portal atas talian Malaysiakini memetik Mustafa sebagai berkata: "Dia kata saya tak jujur. Saya nak jelaskan di sini, perkataan yang digunakan Guan Eng itu bukan sahaja tidak tepat, tak betul tetapi menggambarkan dia seorang yang mulut celupar.”

“Saya tak pernah berbincang atau dihubungi Guan Eng berkaitan dengan isu enakmen pilihan raya PBT ini, sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (pada tahun 2012),” Mustafa dipetik sebagai berkata dalam sebuah sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini.
"Tetapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, dia ada hubungi saya melalui telefon," kata Mustafa, sambil menambah bahawa beliau bersedia untuk mengadakan perbahasan dengan Lim mengenai perkara itu.

Telah ditegaskan sebelum ini bahawa wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga telah mengundi supaya enakmen itu diluluskan, tetapi ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, ADUN Permatang Pasir Datuk Salleh Man hanya berkata: "Saya telah memberikan jawapan saya kepada Datuk Mustafa. Saya tidak ada komen lanjut."

Walaupun ada baiknya jika pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti berhentik mengkritik antara satu sama lain secara terbuka, masa depan Pakatan hanya akan selamat jika pemimpin-pemimpin atasannya bersetuju untuk mengadakan mesyuarat majlis presiden yang telah lama tertangguh.
Mustafa sebelum ini pernah mengesahkan kepada Semut Harian bahawa belum ada tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat majlis presiden Pakatan seterusnya, di sebalik seruan supaya PAS dan DAP mengenepikan perbezaan mereka.
"Setakat ini masih belum ada tarikh. Saya tidak pernah dihubungi untuk mengaturkan mesyuarat," katanya.

Desas-desus telah tersebar secara meluas bahawa mesyuarat Majlis presiden tidak diadakan kerana presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang "enggan" hadir, tetapi ketika diminta untuk mengulas, Mustafa hanya berkata: "Saya tidak tahu sebabnya. Mungkin (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang sibuk?"
Pada 27 Januari, portal atas talian The Malaysian Insider melaporkan bahawa Abdul Hadi telah gagal menghadiri lima mesyuarat yang diadakan sejak 20 Disember 2013, dan hanya menghantar timbalannya, Mohamad sebagai wakil.

Laporan itu juga memetik setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua sebagai berkata: "Tidak ada tanda-tanda langsung mengenai tarikh mesyuarat seterusnya."
Sama seperti bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menawarkan diri untuk menjadi pendamai dan menamatkan persengketaan yang dikatakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu boleh menjadi pihak yang menyelamatkan Pakatan dari musnah. 

"Kami hanya akan mengadakannya jika Abdul Hadi hadir. Itulah permintaan kami, kerana kami tidak mahu apa-apa keputusan yang dicapai, ditolak oleh beliau kemudiannya," kata Pua, jelas merujuk kepada beberapa keputusan yang dibuat oleh majlis Pakatan semasa kemuncak saga Menteri Besar Selangor pada tahun lepas, yang Abdul Hadi telah sama ada abaikan atau tolak.

Pemerhati-pemerhati juga telah menyatakan bahawa apa yang telah menjadi peranan tidak rasmi ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin tidak lagi dapat dilakukan jika beliau didapati bersalah dalam kes Liwat II dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara minimum. Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan mengenainya pada 10 Februari.

Jika khabar angin bahawa Abdul Hadi memang "tidak lagi berminat" untuk bersama-sama dengan gabungan yang telah mendapat paling banyak undi popular dalam pilihan raya umum lepas adalah benar, maka mungkin Mohamad merupakan pihak yang paling sesuai untuk menyelamatkan partinya, seperti yang beliau telah lakukan setakat ini.

Bukan sahaja cuba untuk menggunakan hubungan ‘bro-mantik’ untuk mendamaikan parti-parti komponen Pakatan, tetapi mungkin juga untuk memimpin sebuah PAS yang lebih mesra-Pakatan?
Langkah sedemikian bukan sahaja akan membantu mengekalkan kestabilan PAS, tetapi mungkin juga menjamin hubungan PAS-DAP percintaan yang lebih erat.

-bm.theantdaily.com

No comments:

Post a Comment