اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, February 23, 2015

BETUL KE BON 1MDB TIDAK LAKU?


Selepas pinjaman Ananda Krishnan, 1MDB kini perlukan wang Kementerian Kewangan

OLEH THE EDGE FINANCIAL DAILY

Ramai terkejut apabila Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy nafi pinjaman wang daripada hartawan T Ananda Krishnan terhadap syarikat itu. – Gambar fail Reuters, 23 Februari, 2015.

1MDB bukan saja dibantu hartawan T Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutang bank RM2 bilion, tetapi ia juga mungkin memerlukan suntikan wang tunai sebanyak RM3 bilion daripada pemiliknya, Kementerian Kewangan, kata sumber.

Mereka berkata, syarikat kontroversi yang sarat dengan hutang itu menghadapi masalah kewangan kerana pendapatan aset tenaganya tidak cukup untuk membayar hutang dan sudah kehabisan pilihan pinjaman, seperti mengharapkan bantuan daripada seorang ahli perniagaan.

Ananda menyediakan pinjaman RM2 bilion untuk 15 bulan bagi membolehkan 1MDB menyelesaikan pinjaman dengan sebuah konsortium bank tempatan pada 13 Februari.

Sumber mengesahkan perkara tersebut kepada The Edge Financial Daily dan mereka turut melahirkan rasa terkejut apabila Presiden yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy menafikan laporan media mengenai pinjaman daripada Ananda, mengatakan ia spekulasi semata-mata.

Arul mengumumkan pada 13 Februari 1MDB melangsaikan hutang RM2 bilion kepada konsortium yang diketuai Malayan Banking Bhd dan RHB Bank Bhd yang sepatutnya diselesaikan pada 30 November, 2014.

Pinjaman diselesaikan tepat pada masanya untuk menghalang bank mengisytiharkan 1MDB muflis .

Arul tidak menjelaskan dalam kenyataannya pada 13 Februari bagaimana wang tersebut diperoleh, tetapi dua hari kemudian, dalam satu temu bual bersama Mingguan Malaysia, beliau berkata laporan mengatakan RM2 bilion dipinjam daripada Ananda merupakan spekulasi.

“Ananda sendiri pun tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara ini. Ini satu spekulasi yang dimulakan pihak ketiga,’’ katanya kepada edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.

"Saya tidak tahu bagaimana dia (Arul) boleh mendakwa (AK tidak membantu)," kata satu sumber.

"Ia pinjaman yang mudah, bersih (tanpa syarat) kerana AK tidak mahu dilihat sebagai mengambil kesempatan (dengan menetapkan syarat yang sukar),” katanya.

Dalam jawapan kepada soalan daripada The Edge, mengapa beliau tidak hanya tampil dan mendedahkan bagaimana 1MDB mendapatkan wang tersebut, Arul berkata:"Fakta mengenai (melangsaikan) pinjaman akan didedahkan dalam forum/masa yang sesuai iaitu akaun kami yang seterusnya.

“Untuk menuntut apa-apa perbezaan dengan menetapkan standard yang berbeza untuk 1MDB bukan saja tidak adil, tetapi juga mengabaikan hak kami dan juga pemegang saham kami kepada kerahsiaan undang-undang dan komersial.”

Membayar hutang RM2 bilion juga tidak menyelesaikan masalah 1MDB yang mempunyai jumlah hutang lebih RM42 bilion dan khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan aliran tunai negatif berjumlah RM2.25 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2014 .

Sumber mengatakan Kementerian Kewangan sedar masalah aliran tunai 1MDB dan mengetahui mereka mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi campur tangan dengan suntikan RM3 bilion.

Tetapi untuk melakukan perkara tersebut, kelulusan perlulah diperoleh daripada Kabinet kerana jumlah wang yang besar terlibat dan kontroversi ditimbulkan 1MDB.

Pada 11 dan 12 Februari, Putrajaya mendapatkan RM2.1 bilion melalui dua terbitan bil perbendaharaan di mana peniaga pasaran wang mengatakan ia merupakan jumlah yang luar biasa besar.

Sumber mengatakan Kementerian Kewangan boleh mendapatkan wang dengan cepat jika meneruskan rancangan untuk membantu 1MDB.

Suntikan tunai itu perlu dilakukan sebelum tahunan kewangan 1MDB yang akan datang pada 31 Mac, 2015 – tinggal hanya 5 minggu lagi.

Walaupun kebimbangan yang dibangkitkan pelbagai pihak, pegawai Kementerian Kewangan sentiasa menegaskan 1MDB tiada masalah daripada segi kewangan dan kerajaan hanya perlu memasukkan RM1 juta sebagai modal permulaan kerana syarikat itu cukup kuat untuk meminjam bagi membiayainya sendiri.

Arul dalam kenyataan media pada 18 Februari menjelaskan tentang kajian strategiknya, Arul berkata 1MDB akan menghentikan pinjaman bermula dari sekarang.

Sumber mengatakan keadaan sebenarnya ialah 1MDB tidak mampu lagi ke pasaran untuk meminjam - sama ada melalui pinjaman bank atau terbitan bon.

"Saiz hutangnya sebanyak RM42 bilion, aliran tunai negatif besar yang dialaminya dalam tempoh 2 tahun lepas ditambah dengan kesukaran membayar RM2 bilion menjadikan sukar bagi mana-mana bank untuk memberi pinjaman kepada mereka," kata seorang pegawai bank.

"Pelabur bon juga akan menjauhkan diri daripada apa-apa hutang baru yang ia akan keluarkan."

1MDB baru-baru ini membatalkan bon Islamik RM8.4 bilion yang dirancang untuk mengumpul wang tunai bagi membiayai projek tenaga 3B.

Pegawai bank berkata ia dibatalkan kerana sambutannya yang tidak menggalakkan.

Sumber berkata, bank juga sedia maklum 1MDB menghadapi kesukaran meneruskan rancangan untuk mengapung aset tenaganya untuk menghasilkan wang.

SUMBER

No comments:

Post a Comment