Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memperbodohkan
dirinya dengan dakwaan sistem pendidikan tinggi Malaysia setanding
dengan negara maju seperti United Kingdom, Australia dan Jerman, kata
ahli Parlimen DAP hari ini.
Mereka berkata, bukti yang diberikan bagi menyokong dakwaannya - pelajar
asing membentuk 10% daripada pelajar di institusi pendidikan tinggi
negara ini - menggelikan hati, dan kenyataannya yang mendorong komen
negatif dan sinis itu sukar dipercayai.
"Saya mahu percaya Idris Jusoh
bukan sekadar berjenaka, walaupun seluruh warga Internet menyambut
kenyataannya dengan gelak ketawa. Saya mahu percaya Idris tidak sekadar
syok sendiri, atau syok bersama rakan jemaah menteri.
Saya teringin mahu rasa bangga dengan taraf pendidikan tinggi negara;
sekiranya apa yang dikatakan Idris adalah benar, tiada yang benar selain
yang benar belaka. Namun ternyata sukar bagi saya untuk mempercayai
percakapan Idris," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming pula berkata, sesuatu yang bahaya
apabila membuat tanggapan sistem pendidikan negara bertaraf dunia dan
setanding dengan negara seperti United Kingdom dan Australia hanya
kerana Malaysia mempunyai sebilangan besar pelajar asing.
"Dengan pemikiran sebegitu, adakah bermakna jika kita mempunyai
peratusan pelajar asing yang lebih besar di universiti kita, taraf
pendidikan kita melebihi di UK dan Australia?" soalnya.
Semalam, Bernama melaporkan Idris Jusoh
sebagai berkata, pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan di negara
maju termasuk UK, Jerman dan Australia daripada segi kualiti
pendidikan.
Katanya, ia dibuktikan dengan terdapat lebih 135,000 pelajar asing
sedang mengikuti pengajian di beberapa universiti tempatan yang meliputi
10% daripada jumlah pelajar yang berada di pusat pengajian tinggi di
negara ini.
Lim berkata, Idris sewajarnya memberikan dua fakta bagi meyakinkan orang
ramai tentang perkara itu."Pertama, kemukakan penilaian oleh institusi
antarabangsa yang menunjukkan universiti tempatan berada di kedudukan
yang sama dengan universiti di UK, Jerman dan Australia.
"Kedua, saya minta semua 35 menteri Kabinet mendedahkan di mana anak
mereka melanjutkan pelajaran tinggi. Ke universiti awam tempatan, atau
universiti asing," katanya.Jika beliau gagal mengemukakan bukti itu, Lim
berkata, Idris tiada pilihan lain kecuali meminta maaf serta menarik
balik kenyataannya.
Kedua-dua Lim dan Ong memetik ranking QS World University 2014 yang
menunjukkan Malaysia masih jauh ditinggalkan institusi pengajian tinggi
di UK dan Australia."Universiti Malaya satu-satunya universiti Malaysia
yang berada dalam ranking 200 teratas, menduduki tempat ke-151,
berbanding 19 universiti UK, 8 universiti Australia dan tiga universiti
Jerman yang berada dalam kedudukan 100 teratas," kata Ong .
Ong berkata, pelajar asing membuat keputusan belajar di luar negara
kerana beberapa faktor termasuk kos sara hidup, keperluan kemasukan,
program yang disediakan, bahasa pengantar, kemudahan mendapatkan visa
pelajar, peluang biasiswa, kualiti universiti dan bilangan tempat yang
ditawarkan kepada pelajar asing.
Katanya, jika Idris benar-benar percaya sistem pendidikan negara ini
setanding negara tersebut, dia perlu kemukakan senarai pelajar asing
yang diterima masuk Cambridge atau Oxford University, Imperial College,
Kolej Universiti London atau Australia National University tetapi
menolak kerana mahu belajar di Malaysia.
"Saya sama sekali tidak berniat memandang rendah universiti tempatan
kita. Bagi sesetengah program, seperti perubatan dan undang-undang
contohnya, mungkin lebih sukar untuk diterima masuk ke program ini di
universiti awam kita berbanding universiti luar negara.
"Tetapi universiti tempatan kita juga akan mengaku, masih banyak yang
perlu mereka perbaiki daripada segi kualiti pengajaran, prasarana dan
dana untuk penyelidikan, sebelum mereka mencapai taraf universiti di UK
dan Australia," kata Ong.
Telesidang dengan Sirul
esok diteruskan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang
media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.
Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia
tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit
Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap
dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok. "Ya,
tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak
tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul),
bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia. "Saya dah dapat
persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan
dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini. Sebelum ini,
seorang jurucakap imigresen Australia memberitahu, jabatan tersebut
tidak meluluskan sebarang temubual televisyen dengan Sirul yang kini
ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney. Bagaimanapun, Jabatan
Imigresen Australia tidak menolak kemungkinan Sirul memberi temubual
kepada media jika proses permohonan yang sepatutnya, dipenuhi. Sirul
sebelum ini turut berkata, dia kini berunding dengan stesen televisyen
Australia untuk ditemubual dan akan mendedahkan siapa yang didakwanya
mengarahkan untuk menembak wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Malah,
pada Jumaat lalu, Mahfuz pula memberitahu bahawa dia akan mengadakan
sidang media melalui telefon bersama Sirul selama 15 minit di ibu
pejabat PAS di Kuala Lumpur. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at
2/22/2015 04:33:00 PTG
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments:
Post a Comment