اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, March 22, 2015

Cara Download dan Install Whatsapp untuk Komputer Desktop


 
Saat ini WhatsApp sudah bisa digunakan di komputer desktop. Cara download dan instalasinyapun sangat mudah dengan memanfaatkan fasilitas WhatsApp Web. WhatsApp Web adalah fitur baru yang telah tersedia di aplikasi WhatsApp untuk Android, Windows Phone, dan BlackBerry yang memungkinkan pengguna untuk menjalankan aplikasi WhatsApp di PC melalui web browser



Bagaimana cara menggunakan WhatsApp Web di komputer desktop? Untuk menjalankan aplikasi WhatsApp di PC ada beberapa syarat perangkat yang dibutuhkan seperti berikut:
  • PC desktop atau laptop dengan OS Windows, Linux atau Mac OS X
  • Web browser Google Chrome
  • Smartphone dengan OS Windows Phone, BlackBerry atau Android dengan aplikasi WhatsApp update terbaru

WhatsApp Web untuk desktop ini tidak perlu didownload dan instal, bagaimana caranya? Berikut langkah-langkah menggunakan WhatsApp Web.

  • Buka laman https://web.whatsapp.com menggunakan Google Chrome. Laman tersebut akan menampilkan barcode
  • Buka aplikasi WhatsApp yang ada di smartphone atau tablet Anda dan buka menu WhatsApp Web. Lakukan scanning atau pindai barcode yang tampil di layar PC.
  • Setelah barcode dipindai, Anda akan otomatis login di WhatsApp Web. Kini Anda dapat menggunakan aplikasi WhatsApp di PC tanpa harus download dan instalasi.
Sangat mudah kan? Selamat mencoba, semoga bermanfaat.

Written By canang on Ahad, 22 Mac 2015 | 3/22/2015 10:17:00 PG

 
 
 
 
Kebocoran ‘kecil’ 1MDB masih boleh menenggelamkan SS Malaysia “Satu kebocoran kecil mampu menenggelamkan kapal hebat,” menurut pepatah Inggeris, sesuatu yang patut dipertimbangkan selepas komen terbaru dari Perbendeharaan bahawa kemelut kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanyalah “isu kecil”. Dan dalam nada yang sama, seseorang harus ingat bahawa 1MDB mungkin syarikat kecil di tengah-tengah syarikat korporat yang lebih besar, hutangnya yang bernilai RM42 bilion bukanlah satu jumlah kecil. Dan jika negara kita adalah kapal SS Malaysia, kebocoran ‘kecil’ 1MDB masih mampu menenggelamkan kita semua. Hakikat bahawa kebanyakan wang ini, jika bukan semua, dijamin oleh kerajaan juga adalah sangat merisaukan dan bermakna pembayar cukai akan menanggung beban pembayar semula hutang ini andai keingkaran berlaku. Dan ingatlah isu ‘kecil’ 1MDB ini tidak hanya melibatkan RM42 bilion tetapi melibatkan juga apa-apa yuran dan faedah yang dalam tempoh pembayaran balik, yang akan merugikan rakyat lagi. Sememangnya hutang bernilai RM42 bilion itu ‘isu kecil’ yang mampu menenggelamkan bukan saja 1MDB tetapi seluruh negara, membawa kita semua tenggelam ke dasar lautan. Seperti yang dilaporkan Bloomberg, pengarah senior agensi penilaian Fitch Rating dan ketua Asia-Pacific Sovereign Ratings, Andrew Colquhoun telah memberi amaran terhadap perkara ini. “Penilaian BBB mungkin paling sesuai buat Malaysia kerana tahap pendapatan dan pembangunan, dan negera ini mendapat markah yang lebih rendah dalam pentadbiran berbanding rakan negara lain. “1MDB menunjukkan hasil dari pentadbiran yang lemah,” beliau dilaporkan berkata. Kata-kata tidak menyenangkan Colquhoun ini telah ditafsirkan sebagai petanda penurunan taraf buat penilaian kedaulatan Malaysia. Ia juga telah menunjukkan satu lagi masalah yang lebih poros berbanding kebocoran ‘kecil’ 1MDB, iaitu “pentabdiran yang lemah”. Pengakuan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi lembaga penasihat bahawa firma itu menyimpan duit di dalam bank Swiss cawangan Singapura untuk mengelak peraturan had pengeluaran Bank Negera menambahkan lagi kerisauan. Memburukkan lagi keadaan apabila bank Swiss telah disiasat dan dikecam oleh agensi kawal selia sebelum membantu klien yang ingin mengelak cukai dan peraturan kewangan. Sepatutnya ia tidak seharus dilihat sebagai kebocoran ‘kecil’ tetapi lebih kepada lubang yang ternganga di bahagian tepi SS Malaysia. Agensi berita kebangsaan Bernama memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwa Serigar Abdullah berkata bahawa masalah 1MDB adalah isu kecil melibatkan satu syarikat yang sudahpun sedang dalam proses penstrukturan semula. Beliau menjawab soalan daripada Fitch yang berkemungkinan menurunkan penarafan kedaulatan negara, yang sekarang ini adalah A-, kerana kedudukan kewangan 1MDB. Seperti yang dilaporkan oleh majalah perniagaan berkala itu, Fitch telah menyatakan pada January bahawa 1MDB adalah “kontigen liabiliti” kepada penarafan kedaulatan Malaysia. “Syarikat itu telahpun melalui proses penstruktruan semula dan Ketua Audit Negara sedang mengaudit, jadi kita akan menanti keputusannya. “Bagi pihak kerajaan, kami akan membantu proses penstrukturan semula 1MDB,” beliau dilaporkan memberitahu wartawan pada 19 Mac. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/22/2015 08:57:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

1 comment: