Di sebalik kemarahan yang dipaparkan oleh adik-beradik Razak, mereka sebenarnya tidak perlu mempertahankan maruah dan kenangan almarhum bapa mereka, Tun Abdul Razak Hussein.
Sesungguhnya,
sejarah ditulis oleh pihak yang menang, seperti yang diajar dan
dibentuk semula oleh kebolehan kreatif sistem pendidikan kita,
buku-buku teks diatur semula dan rekod ditulis semula, tetapi pada saya
reputasi Perdana Menteri Malaysia kedua itu masih berada dalam
keadaan yang baik.
Terdapat tokoh-tokoh sejarah lain dengan reputasi yang lebih buruk, memori mereka terabai atau sumbangan dilupakan, tetapi tidak ada sedikit pun noda pada sejarah Tun Razak.
Jadi,
tidak perlulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beremosi dan
menyatakan ketaatannya. Dan juga adik-beradiknya, walaupun mereka
mungkin perlu memberi tekanan kepada abang mereka untuk mengikut jejak
bapa mereka, dan bukan hanya bersembunyi di balik bayangan bapa mereka
itu.
Mungkin hanya senyuman bibir
mungil PM itu yang sedang terancam oleh 1Malaysia Development Berhad,
dan dakwaan-dakwaan kekayaan pusaka keluarga.
Daripada
semua ahli-ahli keluarga masyhur itu yang masih hidup pada masa ini,
apa-apa kecacatan kepada legasi bapanya itu bukannya datang daripada
kenangan, tetapi oleh tindakan atau ketiadaan tindakan daripada ahlinya
yang paling terkenal.
Ini kerana jika legasi Tun Razak tercemar, ia mungkin adalah disebabkan oleh tindakan anak sulungnya dan PM, Najib.
Pertama
sekali adalah Tun Razak begitu komited terhadap ketelusan,
akauntabiliti dan kepimpinan dari barisan hadapan, sesuatu yang Najib
mungkin masih perlu pelajari, dan bukan hanya berkata "bapa saya adalah
Tun Razak dan saya akan mengikuti jejak langkah beliau" dengan
mencontohi tinjauan-tinjauan mesra dan lawatan ke China sebagai
contohnya.
Kedua adalah tentang sikap
ambil beratnya yang banyak diperkatakan dalam hal pengurusan kewangan,
dan usaha-usaha tambahan untuk memastikan bahawa tiada dana awam
digunakan, secara tidak sengaja atau sebaliknya, untuk tujuan peribadi.
Dana peribadi atau awam, Tun Razak juga dilaporkan memiliki sikap bersederhana yang legenda.
Najib
bagaimanapun seolah-olah tidak begitu ketat dalam hal perbelanjaan
wang. Atau sekurang-kurangnya ini adalah apa yang dituduh
pengkritik-pengkritik, sesuatu yang mereka dakwa adalah jelas dalam
perbelanjaan pseudo-rasminya dan juga bajet negara.
Sesetengah
pihak masih tertanya-tanya tentang lawatan rasmi beliau ke Kazakhstan,
dan ia kebetulan berlaku serentak dengan perancangan perkahwinan anak
perempuannya kepada anak-tiri abang presiden republik itu.
Ada
lagi yang masih tertanya-tanya tentang kehidupan mewah Najib,
keluarganya dan para menterinya yang mendapat dana kerajaan. Apa yang
Tun Razak akan kata?
Sikap
berdolak-dalik Najib dalam hal 1MDB, apatah lagi sikap
bertangguh-tangguhnya dalam isu-isu nasional yang mendesak, membuatkan
kita hairan jika dia benar-benar penakut, seperti yang disyaki ramai.
Sudah
tentu isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur telah berulang kali
mempertahankan suaminya dan menunjukkan kepada dunia yang dia bersifat
progresif.
Tidak, Tun Razak tidak
perlu dipertahankan, tetapi anak sulungnya Najib mungkin perlu menjawab
banyak persoalan daripada bersembunyi di balik bapanya, dan bercakap
berdegar-degar bahawa dia adalah anak Tun Razak.
Tun Razak layak menerima penghargaan, tetapi PM Najib masih belum, sekurang-kurangnya di mata saya.
Hazlan Zakaria merupakan ahli pasukan Semut Harian yang gemar membaca, menulis dan memerhatikan kepelikan dunia hari ini.
Posted on Thursday, March 05 @ 13:32:04 MYT by paktam
No comments:
Post a Comment