اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, March 5, 2015

Skandal kehakiman Malaysia pula terdedah


Ekoran pendedahan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah baru-baru ini berkaitan dakwaan tindakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin yang boleh dipersoalkan, telah memulihkan semangat orang pertama mendedahkan rasuah kehakiman di Malaysia, kerana merasakan tindakannya itu adalah betul.

Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid merupakan hakim Mahkamah Tinggi yang dipaksa meletak jawatan kerana menulis sepucuk surat mendedahkan dakwaan salah laku itu pada tahun 1996, yang dihantar kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan terpilih.

Antara dakwaan itu, ia mendedahkan Eusoff telah pergi bercuti di New Zealand bersama VK Lingam, seorang peguam kanan dalam beberapa kes yang didengar oleh bekas ketua hakim itu di mahkamah.

Gambar-gambar mereka berdua bersama keluarga masing-masing memaparkan hubungan rapat mereka.

Ia menyebabkan Syed Ahmad Idid diminta meletakkan jawatan apabila surat yang dihantar secara misteri telah diedarkan sampai ke beberapa jabatan kerajaan dan kemudian disebarkan kepada media.

Reaksi segera Syed Ahmad Idid terhadap artikel Vohrah di Malaysiakini adalah perasaan gembira – bahawa bekas hakim Mahkamah Rayuan itu telah menulis mengenai perkara berkenaan dan beliau pasti bahawa hakim-hakim lain juga boleh menceritakan pengalaman yang sama.

Kes Ayer Molek yang dirujuk oleh Vohrah, difailkan di Bahagian Kuasa-kuasa Khas dan Rayuan sedangkan ia sepatutnya ia di dengar bahagian komersial.

Syed Ahmad Idid juga mengimbau satu insiden yang sama sebagai seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Bahagian Perdagangan dari tahun 1995 hingga 1996.

Menurut beliau, kes yang melibatkan jumlah satu perempat bilion ringgit telah difailkan dengan betul di bahagian komersial untuk didengarnya, tetapi sebelum ia boleh didengar di mahkamah terbuka, fail tersebut telah diambil oleh Eusoff dan diserahkan kepada hakim lain.

"Perkara itu telah diberikan kepada hakim lain yang kini menetap, dan hidup senang di Eropah," katanya berseloroh.

Syed Ahmad Idid ialah bekas penolong pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sebelum dia mengikuti pengajian undang-undang di Inner Temple London. Beliau berkhidmat sebagai pengarah undang-undang sebuah bank sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1990.

Pada tahun 1996, terkejut dengan rasuah dan amalan yang meragukan dalam koridor keadilan, dia beralih menjadi seorang pemberi maklumat.

Beliau teringat aduan tanpa nama yang dibuatnya terhadap dakwaan salah laku dalam badan kehakiman, terutama berkaitan ketua hakim ketika itu dan CJ, Eusoff Chin (kanan), telah dihantar kepada beberapa pegawai tinggi kerajaan yang tugas mereka, seperti yang diharapkannya, termasuk meningkatkan standard prestasi dalam kerajaan dan melindungi integriti negara.

Malangnya seseorang dalam sebuah jabatan telah menyebarkannya kepada media.

"Tujuannya adalah untuk memerangkap saya. Peguam Negara ketika itu (Allahyarham Datuk Mohtar Abdullah) – seorang peminat cerita fiksyen Inggeris – telah menyifatkan ini sebagai ‘surat 'layang',".

Entah bagaimana surat itu dikesan kembali kepada beliau dan beliau telah diberi dua pilihan - meletakkan jawatan secara terhormat atau ditahan, mungkin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Seorang pegawai kanan, yang mewakili Peguam Negara, telah bertemu beliau dengan membuat tawaran tersebut, dedah Syed Ahmad Idid.

Beliau berkata Mohtar dilihat begitu bersemangat untuk mensasarkan penulis 'surat layang', daripada menyiasat dakwaan terhadap Eusoff.

"Dia menemui media seolah-olah dia mahu membalas dendam."

Ditanya mengapa dia tidak melawan, Syed Ahmad Idid berkata sebagai seorang hakim beliau tidak dapat terbabit dengan pertelingkahan politik.

No comments:

Post a Comment