اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 4, 2015

Apa kes ni?.. Syarikat Basikal dapat subsidi beras?



Program beras subsidi Super Tempatan (ST) 15 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu digantung sementara bagi 'membersihkannya' daripada segala penyelewengan dan kepincangan yang sedang berlaku ketika ini, menurut syarikat DCT Beras (M) Sdn. Bhd.


Syarikat yang merupakan pembungkus serta pemborong beras terbesar di utara tanahair dan pengerusi eksekutifnya, Datuk Noridan Spee Yee mengakui beliau merupakan salah seorang 'mangsa' kepada kepincangan yang berlaku di dalam program itu.

"Program subsidi beras Super Tempatan 15 itu perlu digantung sementara sebagaimana dicadangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk membersihkannya daripada segala kepincangan yang berlaku ketika ini.

"Program ini pincang sehinggakan ada syarikat basikal, kedai racun dan syarikat yang tiada kilang membungkus beras juga mendapat kuota beras subsidi tempatan. Di mana silapnya,? kata Noridan pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Beliau yang melabur kira-kira RM5 juta mendirikan kilang serta membeli pelbagai peralatan, bagi layak untuk menyertai program beras subsidi itu sebagaimana syarat oleh kementerian yang mahukan syarikat yang benar-benar kukuh terlibat dengan program tersebut.

Syarat dan perintah tetap oleh kementerian mahukan hanya mereka yang berkelayakan dan kukuh terlibat dengan program itu.

Pada mulanya DCT Beras dan anak syarikatnya, Maal Hijrah diberikan kuota beras subsidi sebanyak 650 metrik tan sebulan, tetapi kuota itu dikurangkan kepada hanya 200 metrik tan sebulan awal tahun ini tanpa sebarang alasan oleh kementerian, katanya.

Disebabkan pengurangan kuota beras subsidi itu, tambah beliau, syarikat kini mengalami kesukaran untuk meneruskan beroperasi, malah berdepan dengan kerugian.

"Apa yang lebih menakjubkan, saya dan rakan-rakan pemborong beras subsidi kini terpaksa berurusan dengan 'orang tengah' atau digelar 'Toci' yang menawarkan kuota beras subsidi tetapi dengan bayaran tertentu," dakwanya.

Sudahlah kuota beras subsidi dikurangkan sesuka hati dan tanpa alasan, mereka kini terpaksa pula membayar untuk mendapatkan kuota beras subsidi yang meningkatkan kos operasi syarikat, sekali gus membuatkan mereka rugi, kata Noridan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) supaya tidak 'menegakkan benang yang basah' dengan menyanggah kenyataan PAC tentang keperluan untuk menggantung sementara program beras subsidi ST15 itu.

Semalam Presiden Barim, Ismail Awang menyifatkan kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahukan program itu digantung kerana tidak mencapai sasaran, sebagai tidak tepat dan mahukan ia diteruskan.

Barim dan Presidennya kata Noridan, sepatutnya membela kebajikan anggotanya seperti beliau. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment