اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, April 8, 2014

Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir Dan 6 Bulan Sebelum Tragedi

 

Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)
Saya mempercayai kesungguhan ini - iaitu Kotak Hitam yang giat dicari dan harapkan, sekali pun ia bakal dijumpai dan dianalisis segala data yang terkandung di dalamnya, ia akan tetap tidak akan memberi kita apa-apa jawapan dan petunjuk berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 ini. Sudah 30 hari berlalu - dan tragedi ini tetap menjadi misteri paling aneh dalam sejarah penerbangan dunia. Seolah-olah ada pihak yang sememangnya mahu peristiwa ini dicatatkan sebagai peristiwa "paling misteri" dalam sejarah. Bahkan ia seakan-akan mahu peristiwa MH370 akan terus hidup diulang-ulang sebagai kisah yang dipenuhi keanehan dan diselubungi dengan konspirasi yang tiada jawapan sampai bila-bila. 

Hudud: Secebis Nota Ringkas -Dr Zaharuddin.

 


Oleh DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi lampu hijau, MT Umno yang juga YDP YADIM sudah beri 'green light', Tengku Razaleigh sudah beri 'green light'. Semoga Kerajaan negeri Kelantan BERJAYA menguatkuasakan undang-undang hudud di negeri Kelantan. Semoga ahli Parlimen beragama Islam dapat sepakat bersetuju di parlimen apabila tiba masanya perlu sokongan mereka.

Macam Mana orang macam Tengku Razaleigh Hamzah boleh lagi dibiarkan ujud dalam UMNO?




Kalau orang luar UMNO kritik UMNO, penyokong UMNO boleh marah. Jika DAP atau MCA atau mana2 orang bukan Melayu kritik dan hentam UMNO, penyokong UMNO boleh marah. Orang lain tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Tapi kita menyokong bila Tengku Razaleigh Hamzah mendedah keburukan UMNO. Tentulah kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh ada kebenaran nya. ini bukan macai UMNO yang cakap. Ini bukan ketua cawangan yang cakap. Ini bukan ketua bahagian cabuk yang cakap. Ini bukan menteri half past six yang cakap.

Bekas Perempuan Simpanan Menteri Besar Tuntut Janji RM3 Juta

 


Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Menteri Umno Buat Pusingan U?



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjawab isu pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung peristiwa Memali dengan memberi nasihat bahawa Islam melarang umatnya membuka aib orang lain.

Katanya, Islam menggalak individu supaya menutup aib orang dan individu yang melanggarnya dianggap berdosa. Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sekiranya beliau menujukan nasihat tersebut kepada Musa supaya tidak mengaibkan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri semasa peristiwa itu berlaku.

Dokumen Sulit Kerajaan Didedahkan.. Saksikanlah

 


Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum 2013, para guru yang didakwa menyokong Pakatan Rakyat kini menjadi mangsa ditukarkan tempat kerja dan antara mangsanya adalah isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat Datuk Husam Musa (gambar), Datin Rohana Abd Rahman.

Rohana adalah antara lebih 80 guru atau tepatnya 88 orang yang dijangka terlibat dalam pertukaran yang akan dilakukan pada 16 April ini akibat menyebelahi parti politik tertentu, kata Pakatan Rakyat.

Lidah Bercabang.......


 

Ku li cakap UMNO tidak tentang hudud....
Tapi Ku Li lupa dan buat2 lupa kot
apakata pemimpin utama nya kata...
Sememangnya lidah biawak dan ameno
Tidak boleh dipisahkan...