Timbalan
Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja
Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia
dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.
Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini. "(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.
Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini. "(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.
"Cuma
kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh
pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi
ancaman dan pesawat pihak kita.
"Jadi
kita menganggapnya satu arahan daripada menara kawalan, mungkin ia
boleh membuat lencongan," katanya sewaktu ucapan penggulungan titah
diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, petang ini.
Bagaimanapun, tegas Abdul Rahim, jawapan muktamad hanya akan diketahui
apabila serpihan pesawat itu ditemui kelak.
"Kami rasakan ia akan
berakhir dan menuju ke Selat Melaka atau Laut Andaman."Jadi apabila kita
perasaan ada patah balik, hari berikutnya kita maklumkan pasukan yang
bertanggungjawab dalam SAR (mencari dan menyelamat) kerana kalau kita
tak maklumkan, sebagai pemilik radar utama kita tidak bertanggungjawab,"
katanya.
Menurutnya
lagi, mendedahkan maklumat sedemikian kepada orang awam juga melibatkan
"keselamatan nasional".Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan
daripada laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut).
Klik Malaysiakini
Cuba kita perhatikan alasan-alasan yang diberikan sebagaimana berikut :
1) Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.
2) Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.3) TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370
Meneliti perkara (1), (2) dan (3) diatas itu, tentu kita berasa pelik bila mana TUDM membuat rumusan dengan berkata :
kita
menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat
Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan
pesawat pihak kita.
Lihat Perkara (1) : TUDM membuat andaian ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan padahalnya ketika itu pesawat itu dianggap sebagai pesawat misteri
Lihat Perkara (2) : pesawat itu tidak memberi ancaman. Bagaimana TUDM begitu pasti mengenainya?
Lihat Perkara (3) : Pengakuan TUDM bahawa pesawat yang dikesan itu adalah pesawat misteri.
Selepas mendedahkan perkara tersebut, Menteri tu cakap "keselamatan nasional". Kepala bapak hang!
Kalau benar mahu memastikan mengenai "keselamatan nasional", kenapa TUDM tidak serta merta itu bertindak memintas pesawat yang dikatakan misteri itu?
Cuba kita perhatikan
bagaimana tentera udara Belanda hari ini bertindak pantas, tatkala rada
mereka mengesan kapal terbang misteri memasuki ruang angkasanya siang
hari tadi. Terus sahaja dikerahkan2 jet pejuang mereka memintas kapal
kargo tersebut. Inilah baru betul "keselamatan nasional" wahai menteri
mangkuk! TUDM tak rasa malukah?
Dari pangkalan udara Brabant Volkel, dua F-16 berlepas untuk memintas kapal terbang pengangkut .
Ternyata ini adalah pesawat kargo, Boeing 777F LAN Cargo, yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang. Unit ini terbang dari Miami di ruang udara Belanda dan mereka tidak dapat menyambung ke peranti.
Jurucakap Penyelaras Counterterrorism dan Keselamatan unit sebelum ini telah meminta kebenaran untuk penerbangan. Ini kerana sidang kemuncak keselamatan nuklear di The Hague adalah wajib.
Jet mempunyai pesawat kargo disertai ini telah meninggalkan ruang udara Belanda. Unit ini terbang bebas ke lapangan terbang ke Frankfurt, Jerman
Ada pihak yang mengatakan pesawat kargo itu adalah MH370 yang hilang itu .... Apahalnya gi ke Belanda sewaktu Nuclear Summit
sedang berlangsung di situ? Bertambah menarik bukan? Aku cerita besok
sajalah...Malam ini aku hanya nak lanyak menteri mangkuk tu saja.Kah!
Kah! Kah!
No comments:
Post a Comment