اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, March 27, 2014

Saya Sangka TUDM Pemalas - Adakah Saya Salah Wahai Menteri Dan TUDM?

 

Sebelum berita neh tersebar meluas kat media2 antarabangsa baik la kita bertanya sendiri kepada TUDM dan menteri kita.


Kata mereka ;
Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Perkataan sangka digunakan kat sini kerana ;

1. TUDM tak sahkan dengan menara kawalan umum kenapa ada pesawat misteri di ruang udara mereka.

2. TUDM tak sahkan dengan menara kawalan umum kenapa MH370 berpatah balik.

3. TUDM juga tak sahkan dengan MAS bahawa mereka melihat ada pesawat komersil MH370 berpatah balik kemudian hilang dari radar kemudian mereka mengesan pergerakan sebuah pesawat misteri boleh jadi ia MH370 yang tiba2 lenyap dari radar tapi TUDM tak berbuat apa2 sebab menyangka ia diarahkan berpatah balik.

Takde call.
Takde panggilan.
Just fikir2 sendiri je.

Apsal ek dia patah balik? Apsal ek ada pesawat mister neh? Jom kita main sangka2 nak. Sapa betul dapat gula2.

Macam tue ke?

Lagi ;

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri sebut ;

1. Mereka mengesahkan bahawa pesawat tersebut tidak memberikan sebarang ancaman ketika ia dikesan pada jam 2.40 pagi.

2. Tapi macam mana mereka tahu ia tak memberikan sebarang ancaman?

Takde call kan?

Tak dapat berkomunikasi dengan pesawat tue kan?

Tak dapat kesan itu pesawat apa kan pada ketika itu?

Adakah ini juga berdasarkan sangkaan2 sendiri juga?

Dan lagi ;

"Jadi apabila kita perasaan ada patah balik, hari berikutnya kita maklumkan pasukan yang bertanggungjawab dalam SAR (mencari dan menyelamat) kerana kalau kita tak maklumkan, sebagai pemilik radar utama kita tidak bertanggungjawab," katanya.

Tanggungjawab?

Tanggungjawab apa bila selepas sehari hilang baru nak bagitau yang mereka mengesan pergerakkan patah balik?

Tanggungjawab apa bila bagitau yang radar mereka kesan pergerakkan pesawat pada jam 2.40 pagi tapi tak pergi sahkan dengan mana2 pihak sebaliknya gunakan sangkaan semata2.

Tanggungjawab la sangat selepas membuatkan SAR bazir masa 7 hari di Laut China Selatan.

Bukan nak highlightkan sangat kelemahan2 depa tapi benda neh melibatkan tahap keselamatan dalam negara. Suka tak suka kita kena cakap kepincangan yang kita nampak. Apakah kita patut gunakan sangkaan sebagai sandaran hujah untuk membuktikan tindakan dan keputusan kita pada ketika itu benar? Tak boleh kan.

Lainla kalau TUDM ada melakukan pengesahan dengan mana2 pihak yang berkaitan.

Just bayangkan. Kalau la ketika itu TUDM lebih peka. Eh, kenapa depa patah balik? Jom call MAS kita check2 yang MH370 patah balik. Jom tanya kawalan radar umum yang ada pergerakkan patah balik dikesan. Jom calling2 Vietnam tengok ada ke takde MH370 masuk ruang udara mereka. Eh takde la, hilang ke mana pesawat MH370 neh? Something happened? Eh jom contact2 MH370. Eh tak dapatla. Apa yang berlaku? Pada saat dia hilang dari radar, pada saat itu korang kelam kabut mesti dapat ubah sesuatu beb. Lepas tue dapat kesan pula pergerakkan pesawat misteri di ruang udara Penang. Mesti korang akan pergi tengok apa yang berlaku. Tak semestinya untuk PINTAS. Tapi UNTUK TENGOK APA YANG BERLAKU!

Tapi sayangnya.

Kita tak prihatin pun.

Klue ada.

Isyarat ada.

Tapi prihatin dan sifat ingin tahu takde.

Sekarang melalak la kita bila orang sendiri SANGKA SANGKA SANGKA SANGKA SANGKA SANGKA kita tak jaga ruang udara kita dengan sebaiknya.

Lue fikirlah sendiri TUDM.


No comments:

Post a Comment