Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370
kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu
artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini.
Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya
mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati
antarabangsa.“Nahas misteri ini diikuti oleh dunia, begitu juga reaksi
China.
Di mata sebahagian pemerhati Barat, China ‘melakukan yang terbaik untuk
membela rasa kesedihan’ dan ‘mengeksploitasi insiden antarabangsa untuk
keuntungan domestik’.
“Kesedihan rakyat China tidak datang dari mana-mana,” kata artikel yang
ditulis oleh Wan Wenwen itu.Artikel itu adalah yang terkini disiarkan
oleh media China yang kebanyakannya mengkritik cara Malaysia
mengendalikan krisis itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi
menyalahkan media cetak China kerana ‘membangkitkan kemarah’ keluarga
mangsa, terutama dari China.
“Perdana menteri dan pemangku menteri pengangkutan cuba sehabis baik
untuk menyelesaikan perkara ini tetapi, malangnya, akhbar memanipulasi
keadaan ini dan memainkan sentiment sehingga keluarga, terutama dari
Beijing, marah.
“Ini adalah nahas yang tiada sesiapa pun mahu ia terjadi,” kata Zahid
ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.Beliau
bagaimanapun tidak secara terperinci merujuk kepada media dari China
atau akhbar harian tempatan China.
Artikel bertajuk “Jangan biar perasaan ekstrem menggagalkan penemuan
MH370” berkata, keluarga penumpang Boeing 777-200ER mendapat sokongan
rakyat China dengan ramai yang meragui maklumat didedahkan Malaysia dan
mengkritik Putrajaya di rangkaian sosial media China.
“Bila Victor Wong, penyanyi dari Malaysia berbangsa Cina yang terkenal
di kalangan masyarakat China, melahirkan takziahnya kepada saudara
mangsa di akaun Sina Weibo, limpahan komen diterimanya, menyalahkan
dirinya sebagai hipokrit dan ramai yang ingin memboikot persembahannya
di China,” kata artikel itu.
Ia berkata, ramai rakyat China percaya Putrajaya silap mengendalikan
pencarian pesawat hilang itu dan mahu Beijing mengambil pendirian tegas
terhadap Malaysia.
Artikel itu berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membiarkan
pendapat umum ke depan, masa depan hubungan Beijing – Kuala Lumpur
sedikit sebanyak akan bergantung kepada bagaimana kerajaan akan
bertindak antara jalinan diplomatik dan pendapat umum.
“Beberapa tahun lalu menyaksikan kerajaan China berdepan peningkatan
tekanan daripada masyarakat dalam membuat keputusan diplomatik,”
katanya.Artikel itu memetik analisa daripada media asing yang membuat
spekulasi mengenai hubungan tegang antara China dan Malaysia, di sebalik
fakta Malaysia adalah negara Asean pertama mengadakan ikatan diplomatik
dengan China pada 1974 dan Malaysia adalah rakan dagangan terbesar
China di kalangan negara Asean.
Laporan itu berkata, agensi pelancongan China melaporkan penurunan yang
ketara dalam jumlah pelancong China yang memilih untuk melawat
Malaysia.Ahli keluarga dan saudara penumpang MH370 yang kecewa mendesak
jawapan daripada Putrajaya.
Taklimat yang diadakan pegawai Malaysia di Hotel Lido di Beijing
semalam, yang berlarutan sehingga empat jam, menyaksikan keluarga yang
marah mempersenda duta Malaysia, Iskandar Sarudin dan mendesak Putrajaya
menarik balik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada
Isnin mengenai pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, kerana
tiada bukti kukuh.
“Tiada petunjuk pesawat itu, jadi mengapa anda begitu bersedia untuk
mengesahkan ia terhempas?” jerit seorang lelaki kepada pegawai
Malaysia.“Kami desak anda tarik semula kenyataan pesawat itu terhempas
ke dalam laut,” kata seorang lagi.
Pegawai Malaysia berkata, pihak berkuasa bersandarkan kepada bukti
daripada Cawangan Siasatan Nahas Udara Britan dan syarikat satelit
British, Inmarsat, dan memberikan pembentangan mengenai penemuan itu –
tetapi beberapa ahli keluarga memberi maklum balas dengan ejekan.
“Anda bayar duit untuk laporan yang mengarut,” seorang keluarga yang
marah menjerit kepada pegawai Malaysia dan disambut tepukan ramai.“Anda
tidak dapat maklumat lain selain slaid itu?” kata seorang yang lain.
Dua pertiga daripada 239 penumpang dalam pesawat itu adalah warganegara
China.Kejadian di Hotel Lido di Beijing semalam adalah sehari selepas
ahli keluarga yang penuh emosi berarah dan menunjuk perasaan di kedutaan
Malaysia, berpimpin tangan dan menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap cara pengendalian pencarian MH370.
Ramai ahli keluarga di majlis taklimat semalam terus berpaut kepada
teori konspirasi dan berharap ketiadaan bukti fizikal mungkin bermakna
orang kesayangan mereka masih hidup.
Pada satu peringkat, leftenan jeneral daripada Tentera Udara Diraja
Malaysia memberitahu khalayak pihaknya tidak menolak sebarang
kemungkinan, termasuk rampasan.
“Jika anda tidak menolak sebarang kemungkinan, ia termasuk kemungkinan
keluarga kami masih hidup, betul?” kata seorang ahli keluarga.
Tetapi seorang lagi keluarga melambai kepada pegawai dan
menjerit:”Saudara kami mati sebab mereka dibunuh oleh negara anda”. ~tmi
No comments:
Post a Comment