Golongan Mengerjakan Ibadat Haji
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda
Kelak apabila akhir zaman terdapat empat golongan mengerjakan ibadat haji iaitu:
1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’,
2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga,
3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis,
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah
Dari Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
Kelak
penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang
meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil
sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan.
Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya
(Hadis Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment