LAPORAN LENGKAP PENANGKAPAN SYED SAIFULLAH MUATNAIK GAMBAR ROSMAH MATI TERHEMPAS
Tangkapan terhadap pemilik akaun Facebook yang menunjukkan gambar cebisan
daging dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor.
Pada 6 April 2014 lebih kurang jam 0010, sepasukan pegawai dan anggota IPD
Sentul, Kuala Lumpur bersama sepasukan D9 IPK Perak dan IPD Perak Tengah,
Perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat No. 29, Jalan U 18, Bandar
Universiti, Seri Iskandar, Perak berkaitan Sentul Repot No 5181/2014.
Bertindak atas maklumat Sentul repot 5181/2014
pada 6 April 2014, pengadu bersama sepasukan
pegawai dan anggota dari JSJ IPD Sentul,
sepasukan D9 IPK Perak dan sepasukan JSJ
IPD Perak Tengah telah pergi di alamat No.29,
Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak.
Apabila sampai di alamat tersebut pengadu
telah memgetuk pintu dan dibuka oleh 1 (p)
melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan
diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan
kad kuasa polis dan minta butir pengenalan
diri diberi ialah Laila bt Arden KPT No
620512-10-5664 alamat No. 29 Jalan Bandar
U18, Seri Iskandar, Perak.
Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan
tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1
(L) melayu yang dikenali dengan nama 'Syed Saifullah'. Kemudian (P) melayu
tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek
telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu.
Pengadu kemudiannya telah menyuruh (p) melayu tersebut menelefon anaknya.
Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan
pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan
menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah 'Syed Saifullah' dan (1) L
melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut.
Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas
saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama Sony X Peria warna hitam/putih
no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan
di bilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah
seperti berikut:-
Nama: Syed Ahmad Saifullah bin Hashim
No. Kpt : 890620-10-5311
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh lahir : 20 Jun 1989
Keturunan : Melayu
Taraf perkahwinan : Bujang
Alamat : No. 29 Jalan Bandar U 18, Seri Iskandar, Perak.
BUTIR-BUTIR RAMPASAN
1. Sebuah handphone jenama sSony X Peria
2. Moniter komputer jenama Acer warna hitam
3. CPU jenama Power Logic warna hitam
4. Keyboard jenama Power Logic warna hitam
5. Tetikus jenama Power Logic warna hitam
6. Broadband jenama P1 Wimax warna putih/hijau
7. Thumb Drive TP-Link warna putih/hitam
8. Broadnand jenama Celcom
9. Kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10. Set speaker jenama Vinnfier warna hitam
11. 4 kabel komputer warna hitan
12. Penyambung soket warna putih
13. Multicard reader jenama SBHC Support warna kuning/putih
14. Thumbdrive jenama Kingston warna hitam
15. Mesin cetak jenama Canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,
ULASAN
Saspek ditangkap bersangkut Sentul RPT 5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233
(1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK.
Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini OKT berada di Lokap Berpusat
Jinjang dan hari ini akan diambil reman.
No comments:
Post a Comment