اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 21, 2014

Antara dua gambar yang mencengkam perasaan dan menjelikkan..

 

Dua hari juga sabtu dan ahad aku tak memblog,, bukan kerana aku sibuk sangat pun, tak juga,, cuma badan dah tak berapa nak sehat, pagi tadi baru selesai pi check doktor,, kena pi X-ray pulak dah untuk tindakan selanjutnya..

Apa pun disebabkan aku nak lawan dengan umno,, badan kena sehat,, jadi terpaksa ptg ni pi buat x-ray..


Oleh sebab badan tak Ok,, aku hanya bertumpu kat Fb sahaja,, tak larat nak merayau dari satu ke satu tempat,, dan akhirnya aku terjumpa dua gambar yang ada hubung kait, etika dan perasaan..

Gambar pertama..


Ini gambar yang tersebar dalam FB hari ini,, sebabnya kereta baru putih tu,, (tak ada kaitan dengan kereta toyota alpard mendiang Karpal Singh yang eksiden tu...)

Tak perlulah aku sebutkan kereta siapa, Ahli Parlimen mana, bukan apa takut cerita yang belum 100% benar,, tetapi kalaulah benar rasanya errmm,, susah nak komen,,, ostad woo..

Bukan tak boleh nak pakai semua benda tu,, bukannya salah pun,, aku pun pakai juga MPV ni,, tapi bukanlah vellfire macam dlm gambar,, mati idup balik pun tak kesampaian,,, tetapi itulah,, lebih 26 tahun aku bekerja laki bini,, baru mampu nak rasa memakai kereta yang koyak plastik..

berbanding dengan AP dlm gambar tu jika benar, baru menang kurang lebih setahun PRU13 yang,, dah mampu pakai kereta mewah...

Berbanding gambar kedua ni, bukan pun Ahli parlimen Islam, tetapi ada intergriti tersendiri dan cerita ni aku dengar lama dah...


"Jika saya nak jadi kaya, saya akan pergi berniaga. Tetapi apabila saya telah menjadi Ahli Parlimen saya telah bersumpah utk hidup miskin, kerana ketika saya belum menjadi Ahli Parlimen ramai kawan-kawan bersama-sama saya berjuang membela rakyat dengan hidup secara sederhana... apakah tergamak saya meninggalkan mereka dan hidup lebih dari mereka setelah saya jadi Ahli Parlimen? Sudah tentu tidak ! Jika saya hendak kaya maka saya mesti berhenti jadi Ahli Parlimen dan pergi berniaga." - Yb Dr Jeyakumar, MP Sg Siput

Doktor perubatan beb, buka klinik sambil-sambil jual MC dan ubat batuk pun boleh kaya...
Dan yang sedih aku dengar ia sanggup jual AP kereta Ahli Parlimen kuotanya penggal lepas, untuk membina jembatan dikawasan parlimen Sungai Siput..

kalau semua ahl parlimen dan Adun dari Pas serupa ini kan cantik,, ni yang aku tau Ahli Parlimen pas yang kereta cabuk hanyalah Mat Sabu sahaja sebelum ni,,,
jadi ahli politik untuk membela rakyat, kalau duk asyik utamakan perasaan dan nafsu masuk umno lah woi,,, lagi baguih,, tak kena kutuk dengan aku..



No comments:

Post a Comment