Najib campur tangan dalam pemberian geran RM100 juta...
PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada terlibat dalam pemberian satu geran R&D Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Mosti), bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau mempunyai bukti berupa surat kelulusan dari Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd untuk pembangunan "gasifier steam boiler plant" iaitu sebuah projek komersil.
Surat kelulusan itu merujuk kepada surat daripada Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 21 November, 2013 selepas syarikat terbabit menulis surat permohonan kepada Najib selaku perdana menteri pada 15 November, 2013.
Beliau berkata, pemberian geran untuk perojek komersil dengan jumlah dana rakyat sebanyak RM100 juta itu bertentangan dengan prosedur biasa.
Ini kerana geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF).
Malah kata beliau, geran R&D diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya untuk satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta.
"Ini adalah salah satu geran yang terbesar pernah diberikan. Dibawah skim geran R&D Mosti hasil campur tangan perdana menteri sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur," katanya Rafizi.
Mengulas lanjut beliau berkata, jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?
Menurut Rafizi, oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberika ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan.
"Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran.
"Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil.
"Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion," katanya sambil mendakwa mempunyai beberapa lagi dokumen lengkap. - harakahdaily
Did Najib interfered in RM100 million grant to company...
PKR has today questioned Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's alleged interference in the approval of a RM100 million research and development (R&D) grant to a company for a commercial project.
PKR strategic director Rafizi Ramli (pic) said Putrajaya had approved the grant application by NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd through a letter signed by Science, Technology and Innovation Minister, Datuk Dr Ewon Ebin, on January 21.
According to Rafizi, the grant was for the development of a gasifier steam boiler plant.
The approval letter from the ministry apparently referred to a letter from Najib's office dated November 21 last year, after NSE Resources wrote to the prime minister on November 15.
Rafizi claimed the award of the grant goes against existing procedures and regulations, pointing out that the maximum amount given for a project is RM2 million under the Technology Acquisition Fund (TAF).
He said R&D grants were given for commercialisation and technology development purposes and not for a commercial project.
"This is one of the biggest grants given out so far. We do not know the extent of interference as the allocation for R&D grants is huge at RM1.1 billion," he said at a press conference at the PKR headquarters today.
The implication of this, said the Pandan MP, is that NSE Resources does not need to repay the money given to them.
"We have seen how loans were given to NFC and they do not have to return a single sen to the government, what else RM100 million which is given in the form of a grant," he said, referring to the RM250 million National Feedlot Corporation (NFC) cattle scandal that led to the resignation of Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil from the cabinet.
In claiming that he had proof, Rafizi said he would wait for a reply from both Najib and Ewon on the matter. – tmi
Sebelum baca potongan akhbar di bawah sila tonton dan dengar video ini dulu...
Ooi Najib kalu nak banteras rasuah
bukan dengan cara berlari 3,000 meter. Buat macam negara China! Tembak
bagi mampuih perasuah! Barulah orang takut nak rasuah. Kalu buat larian
anti-rasuah rakyat dapat apa? Setakat dapat t-shirt seorang sehelai, air
mineral seorang sebotol kemudian berpeluh! Rasuah dok macam tu juga...
Kalu betoi2 nak perangi rasuah mai
sini ku nak ajar.Pertama, humbankan dulu UMNO dari tampuk kuasa, sebab
UMNO ni adalah bapak segala rasuah...
No comments:
Post a Comment