اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, August 27, 2014

Sultan perlu berpandu kepada undang-undang negeri

 


Minta lebih nama tidak ikut Perlembagaan

Sultan Selangor akan dilihat seperti bertindak di luar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor kerana meminta lebih nama calon menteri besar apabila sudah jelas majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawat jawatan itu, kata peguam Perlembagaan.

 Mereka berkata, Artikel 53 (2) (a) Undang-undang Tubuh Selangor memberikan panduan kepada pihak berkuasa negeri dan undang-undang bertulis berdasarkan konvensi. 

 Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Adun bertindak berdasarkan undang-undang jika mereka hanya memilih Dr Wan Azizah sebagai calon mereka.

 Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata, Undang-undang Tubuh menyatakan pemerintah perlu melantik Adun yang memperolehi keyakinan majoriti Adun.

"Sultan perlu berpandu kepada undang-undang negeri," katanya.

 Azmi berkata, undang-undang bertulis perlu diutamakan dan di Selangor terdapat dokumen untuk dijadikan panduan.

 "Jika Dewan Undangan Negeri (DUN) jelas menunjukkan keyakinan kepada satu orang, dia adalah calon yang perlu dilantik," katanya.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam PR perlu mengemukakan lebih daripada dua calon menggantikannya untuk dihantar ke istana.

 PR mengemukakan nama Dr Wan Azizah ke istana walaupun PAS, salah satu parti komponen menolak untuk menyokong pencalonan itu.

 Sehingga kini Dr Wan Azizah masih menunggu untuk diperkenan mengadap Sultan.

 Adun Kajang itu mendapat sokongan 29 daripada 56 wakil rakyat dalam DUN untuk mengambil jawatan tertinggi di negeri terkaya di negara ini.

 Peguam Syahredzan Johan berkata Sultan Selangor mempunyai budi bicara tetapi hanya terhad kepada situasi di mana ia tidak jelas pihak yang memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti.

 "Dalam kes ini jelas salah seorang ahli Dewan mendapat sokongan majoriti, maka orang itu hendaklah dilantik," katanya.9 Katanya, ini bermakna, Dr Wan Azizah sepatutnya adalah menteri besar yang sah kerana disokong 29 Adun yang lain.

 Beliau berkata, melalui konvensyen, Sultan hanya melantik ketua kerajaan daripada gabungan yang memenangi kerusi terbanyak.

 "Ia adalah PR di Selangor," katanya.

 Pada 14 Ogos, Dr Wan Azizah menunjukkan bukti 30 wakil rakyat menyokongnya untuk menggantikan Khalid.

 DUN Selangor terdiri daripada 56 ahli - DAP (15), PAS (15) PKR (13) Barisan Nasional (12) dan Khalid bebas.

 Dua wakil rakyat PAS secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar.

 Profesor Gurdial Singh Nijar daripada Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata kemelut MB Selangor selesai dengan peletakan jawatan Khalid.

 Beliau berkata, kenyataan istana itu menjelaskan setiap parti komponen dalam PR perlu mengemukakan lebih 2 calon untuk pertimbangan berdasarkan amalan konvensional yang sedia ada.

 Katanya, perlembagaan Selangor mencerminkan peruntukan yang serupa dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Gurdial berkata, Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kepada model Westminster United Kingdom dan ia mungkin petunjuk untuk mencerminkan amalan di UK dalam pemilihan perdana menteri apabila penyandang meletak jawatan.

 "Pada hakikatnya hak Ratu ditadbir oleh konvensyen perlembagaan berasaskan keperluan politik baginda hendaklah melantik perdana menteri itu seorang lelaki atau perempuan yang boleh membentuk kerajaan yang menerima keyakinan Dewan.

 "Biasanya konvensyen ini jelas menunjukkan pemimpin parti, yang mempunyai sokongan majoriti di dalam Dewan, mempunyai hak yang tidak dapat dinafikan untuk dilantik," katanya.

 Gurdial berkata, dalam kes di mana setiap pihak yang mempunyai cara mereka sendiri untuk memilih pengganti, tidak ada ruang untuk Ratu melaksanakan budi bicara.

 "Peraturan utama adalah untuk tidak melibatkan raja dalam kontroversi atau rundingan politik," katanya. – 27 Ogos, 2014. -  sumber

No comments:

Post a Comment