اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, April 30, 2014

Pakar Penerbangan Dedah Bukti Cubaan Malaysia Sembunyikan Fakta Kehilangan MH370

 


Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam.
Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast.
"Bukan amalan biasa laporan penyiasatan kemalangan untuk terus ke ICAO. Ia menjadi tanggungjawab agensi penyiasat negara berkenaan untuk mengeluarkan laporan itu kepada awam di mana perlu, sebagaimana amalan biasa bagi membayangkan penyiasatan itu bebas daripada kongkongan politik atau industri," kata Irving dalam laman berita itu.
Lebih daripada 50 hari berlalu sejak MH370 lenyap pada 8 Mac dan pencarian yang diketuai Australia di Lautan Hindi di mana Boeing 777-200ER itu dijangkakan terhempas tidak menimbulkan apa-apa hasil.
Reuters melaporkan semalam bahawa kemungkinan untuk menjumpai serpihan terapung daripada MH370 tampak mustahil, dan fasa baru untuk pencarian akan fokus kepada kawasan yang lebih besar di dasar laut Lautan Hindi.
Irving berkata misteri paling besar dalam sejarah penerbangan belum menemui penjelasan walau dengan pencarian multinasional di kawasan terpencil Lautan Hindi, dan ini menimbulkan dua persoalan:
Adakah sumber yang mencukupi digunakan untuk pencarian dasar laut?
Adakah realistik untuk terus pencarian apabila musim sejuk hemisfera selatan sudah bermula dan keadaan hanya boleh lebih teruk daripada kini?
Satu-satunya cara munasabah untuk menjawab persoalan tersebut adalah dengan membandingkannya dengan pencarian penerbangan Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.
Apa yang paling menarik tentang pencarian Air France 447 adalah ia "bukan satu usaha yang berterusan atau terbuka", katanya.
"Ia dijalankan dalam jangka masa lebih kurang dua tahun dalam empat operasi yang berasingan."
Kotak hitamnya, serpihan dan mayat dijumpai dua tahun kemudian dalam operasi keempatnya.
"Jelas bahawa pencarian untuk bangkat Air France Airbus A330 dirancang dengan teliti, sistematik dan mempunyai sumber yang mencukupi, dengan setiap operasi dijadualkan untuk musim di Atlantik Selatan yang tidak bahaya." kata Irving.
Dalam kes MH370, tidak terdapat jumpaan awal bangkai pesawat itu.
Namun, katanya, "Pencarian di Atlantik menunjukkan tiada gunanya menggunakan alatan menyelam yang canggih sehingga kawasan pencarian dapat diperkecilkan lagi. Pada masa itulah teknologi yang digunakan boleh memberikan kesan – mulanya lokasi serpihan kemudian penemuannya."
Kes Air France 447 memberi penanda antarabangsa bagi integriti penyiasatan hempasan pesawat, kata Irving, kerana keterbukaan dan komitmennya untuk memberitahu pihak awam apa yang dijumpai para penyiasat.
Laporan akhir yang dikeluarkan pada Julai 2012 disifatkan sebagai, "deskriptif, preskriptif dan menjadi teladan dalam penjelasannya".
Irving berkata Malaysia sepatutnya mengikuti langkah Perancis dan mengeluarkan laporan sendiri daripada menghantarkan laporan kepada ICAO di Montreal. ~tmi

No comments:

Post a Comment