Mula bersikap seperti universiti bertaraf dunia, kata Ambiga kepada universiti tempatan
Selepas
dihalang daripada bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang
tentang Litigasi Awam pada 29 Mac, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan
universiti tempatan sepatutnya bersikap seperti universiti bertaraf
dunia dan berhenti menyekat hak kebebasan bersuara pelajar.
Institusi
pengajian tinggi Malaysia sepatutnya berkelakuan sebagai universiti
bertaraf dunia, kata Datuk Ambiga Sreenevasan, selepas keengganan
Universiti Malaya (UM) membenarkan peguam terkemuka itu bercakap di
konvensyen undang-undangnya minggu lepas.
Bekas pengerusi Bersih itu mendakwa tindakan tersebut tidak masuk akal bagi universiti tersebut yang hanya menunjukkan contoh tidak baik dengan menyekat hak pelajar dan menghalang kebebasan akademik.
"Ini perlu berhenti. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang sempit fikiran memberitahu kita semua ini. Institusi pengajian awam patut mula berkelakuan seperti universiti bertaraf dunia," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ambiga dijadualkan untuk bercakap di Konvensyen Kerjaya Fakulti Undang-Undang tentang Litigasi Awam pada 29 Mac.
Seorang wakil pelajar mengatakan sepucuk surat rasmi sudah pun dihantar kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar untuk mendapat kebenaran bagi Ambiga untuk menyampaikan ceramahnya pada 25 Mac.
Pada mulanya universiti itu bersetuju dengan syarat adanya penceramah pro-kerajaan di konvensyen tersebut untuk memastikan adanya keseimbangan.
Bagaimanapun, persetujuan itu ditarik balik dengan alasan ceramah Ambiga bukan sebahagian daripada program tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Undang-Undang UM.
Sekumpulan pelajar UM menghantar memorandum kepada MP Pakatan Rakyat (PR) semalam untuk membantah keputusan universiti tersebut yang cuba menghalang hak mereka.
Presiden persatuan pelajar Progressive University Malaya, Richtyne Yusuf mengatakan universiti tersebut seperti mengamalkan 'double standard' dengan penceramah yang dibenarkan menyampaikan ceramah.
"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk memberikan ceramah, tiada sebarang isu yang timbul. Tetapi apabila Ambiga yang dijemput, seminar itu dibatalkan. Ini tidak adil," katanya.

Ambiga memuji pelajar yang menentang tindakan universiti itu dengan mengatakan ia menunjukkan masih ada lagi harapan untuk negara.
"Saya cukup kagum dengan para pelajar yang tidak mahu lepas tangan dengan isu ini. Saya berasa bersemangat dengan tingkah laku mereka yang tidak membenarkan kebebasan akademik mereka dirampas.
Tambahnya, beliau gembira para pelajar sedar mereka boleh melakukan pelbagai perkara dalam hak mereka.
Ambiga berkata dia belum pernah lagi berdepan dengan situasi sebegini sebelum ini, tetapi diberitahu bahawa para pelajar takut untuk menjemputnya kerana mungkin mengalami kesulitan dengan pihak berkuasa universiti.
"Saya dapat tahu sebelum ini, para pelajar mahu menjemput saya untuk berceramah tetapi tidak menjadi kerana mereka tahu mungkin akan bermasalah dengan universiti.
"Ini menunjukkan mereka mengamalkan 'self-censorship' dan ianya salah," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Promosi Hak Asasi (Proham), Datuk Kuthubul Zaman juga menyelar UM dengan mengatakan universiti tersebut sepatutnya mempertimbangkan pengalaman Ambiga sebagai peguam terkemuka berbanding daripada 'kecenderungan politik beliau'.
"Proham menyeru Universiti Malaya untuk memikirkan semula keputusan mereka untuk membenarkan Datuk Ambiga Sreenevasan untuk bercakap kepada pelajar undang-undang tentang Litigasi Awam. Ia jelas merupakan pelanggaran hak pelajar dan halangan kepada hak asasi manusia sejagat untuk bebas bersuara.
"Ambiga sendiri sudah pun tampil sebagai peguam di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam isu berkaitan dengan kepentingan rakyat. Pengalamannya yang berharga adalah sebuah aset untuk dikongsi bersama pelajar undang-undang. Dalam situasi ini, di mana universiti enggan memberikannya peluang untuk bercakap kepada pelajar adalah tidak masuk akal," tambahnya dalam satu kenyataan.
The Malaysian Insider menghantar beberapa emel dan membuat panggilan telefon kepada Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakuti Undang-Undang, Profesor Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, tetapi mereka belum lagi memberikan respons.
No comments:
Post a Comment