Samsung Galaxy Note 4
Dengan sumber yang sangat kuat, blog Daunpisang berjaya menghidu kehadiran Samsung Galaxy Note 4 yang bakal diperkenalkan September ini di Berlin, Jerman.
Apa yang baru? Setakat ini, 99-peratus kedengaran ia sudah pasti datang dengan badan besi penuh tetapi mengekalkan badan jenis kulit di penutup belakang.
Selain itu, ka bakal menggunakan paparan Quad HD AMOLED berbanding Super AMOLED yang digunakan dalam Samsung Galaxy Note 3. Menarik juga apabila sistem audionya diubah 100 peratus kepada pembesar suara Bang&Olufsen.
Saiznya pula akan berubah kepada 5.8-inci berbeza dengan Note 3 (5.7-inci). Ia juga akan datang dengan kamera 21.5-megapiksel pada bahagian belakang serta 8-megapiksel di depan.
Ciri yang masih 50-50 adalah OS Android 4.5 Lollypop yang masih belum diumumkan Google. Jadi ia masih di peringkat sembang kosong.
Ia juga telefon pertama yang bakal menggunakan set cip Qualcomm Snapdragon 810 dan mungkin akan melupakan pemproses octa-core Samsung sendiri.
Menarik juga apabila Samsung akan terus mengukuhkan paparan cantik dengan teknologi warna 4K yang menawan.
No comments:
Post a Comment