TELUK INTAN:
Calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya
Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang
dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai
cara.
“Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.
“Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.
“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua,” kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.
Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti.
Dyana, 27 ialah Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan menyertai DAP pada 2012.
Lulusan sarjana muda undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), pencalonan Dyana dianggap pemerhati politik sebagai usaha DAP mengikis imej chauvinis kaum yang cuba dipalitkan lawan politik parti kerabat Pakatan Rakyat itu.
– HARAKAHDAILY, 17/5/2014

No comments:
Post a Comment