Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin hari ini
muncul di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen
Teluk, dan mendakwa dia berada di sana untuk "merestui" calon BN Datuk
Mah Siew Keong.
Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas
melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370
yang hilang pada bulan Mac.
Anak kelahiran Perak, beliau juga telah melakukan upacara berhampiran Kampar, Perak di mana bekas pemimpin DAP Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya pada 17 April.
"Jika perlu, saya akan membantu apa yang
saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya kepada Malaysiakini,
sambil mengakui tidak mendapat jemputan ke majlis tersebut.
Beliau memakai sut serta bertali leher, bersama tanda namanya dan pin 1Malaysia.
Bagaimanapun, pemangku ketua Gerakan
bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee berkata BN tidak menjemput Ibrahim
datang ke majlils tersebut.
"Kami tak nampak dia berada di sana, dan kami tidak tahu mengenai kehadirannya hari ini," katanya ringkas.
Ibrahim bagaimanapun tidak menjalankan sebarang upacara dengan Mah dan hanya memantau dari jauh.- mk
No comments:
Post a Comment