Anak Menteri Koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana Indonesia,
Syariefuddin Hasan, Riefan Afrian hari ini dinamakan sebagai suspek
kepada kes rasuah membabitkan pembelian sebuah paparan televisyen
gergasi atau jumbotrons bernilai RM6.8 juta.
Menurut pihak pendakwaraya Indonesia, penamaan tersebut dilakukan
setelah pihaknya melakukan siasatan sejak lebih setahun lalu.Jurucakap
dari Pejabat Pendawaraya Jakarta, Adi Toegarisman, berkata hasil
siasatan jelas menjurus kepada pembabitan Riefan yang juga menguasai
syarikat PT Imaji Media, syarikat yang memenangi tender pembelian yang
dikeluarkan pada 2012.
“Siasatan juga mendapati Reifan melantik pemandunya, Hendra Saputra
sebagai pengarah presiden syarikat PT Imaji Media dan dia kini sedang
menghadapi perbicaraan berhubung peranannya dalam skandal itu.
“Reiefan akan didakwa di bawah artikel 2 dan 3 Undang-undang Rasuah 2001
Indonesia, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun penjara dan
denda,” katanya melalui Jakarta Post.Menurutnya lagi,pihak pendakwaraya
turut memohon Pejabat Peguam Negara itu agar mengenakan sekatan
perjalanan ke luar negara buat Riefan.
Kes itu didedahkan oleh agensi Audit Negara republik itu yang mendapati
terdapat banyak perlanggaran undang-undang dalam penganugerahan tender
itu yang menyebabkan Indonesia kehilangan lebih RM6.8 juta. ~sh
Addin:
Bukan di malaysia tetapi di indonesia.. Di malaysia, menteri dan kroni tidak didakwa malah dilindungi contohnya kes NFC..
No comments:
Post a Comment