KUALA LUMPUR:
PAS Terengganu menggesa Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abd
Rahman mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Khas dengan segera
bagi menentukan majoriti sebenar kepada beliau.
Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun terdapat maklumat mengatakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang keluar dari Umno kembali semula kepada parti itu, namun ianya bukan dari mulut tuan empunya diri.
"Hanya laporan media mengatakan ada Adun yang keluar kembali semula kepada Umno dan itu hanya andaian sahaja, tidak ada pengesahan dari individu itu sendiri.
"Dengan mengadakan Sidang Dun Khas ini kita akan dapat membuat pengesahan mengenai kedudukan serta sokongan mereka dan ia dapat menentukan kedudukan majoriti BN," jelasnya.
Beliau juga menegaskan, krisis politik Terengganu ini berlaku ekoran masalah dalaman Umno sendiri.
Pakatan Rakyat katanya tidak mahu mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku selain melalui saluran demokrasi termasuk menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.
"Ini krisis dalaman BN itu sendiri, pelantikan Menteri Besar itu telah menunjukkan perpecahan di dalam BN khususnya Umno itu sendiri.
"Krisis ini akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapai Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang," kata beliau.
- HARAKAHDAILY 14/5/2014

No comments:
Post a Comment