اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, May 14, 2014

PKR Terengganu tawar Adun Bebas sertai parti

 


Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata, parti itu bersedia menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang mengisytiharkan keluar Umno, menyertai PKR demi masa depan rakyat Terengganu.

Azan pada sidang media di Kuala Terengganu bagaimanapun berkata parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak terlibat dengan tindakan tiga Adun BN sebelum ini.

"PKR tidak terlibat dalam kemelut yang berlaku di Terengganu. Ini keputusan yang diambil wakil rakyat dan pentadbir BN secara eksklusif bersendirian. Kita tidak berunding atau campur tangan," katanya.

"PKR Terengganu tidak menutup pintu kepada mereka. Sekiranya ada proses konsultasi atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gelarkan sebagai rekonsiliasi, perkara ini dibuat terlebih dahulu kepada mereka," katanya.

Pendirian PKR Terengganu itu berbeza dengan PAS dan DAP yang mahukan pilihan raya negeri diadakan agar mandat dapat diberikan kepada rakyat negeri itu.

Azan berkata, PKR juga tidak memberi keutamaan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana proses pilihan raya bakal menelan belanja yang besar.

"Saya ingin menyatakan simpati terhadap rakan Adun yang membuat keputusan meninggalkan parti. Mereka masih dilihat sebagai pengkhianat kepada parti.

"Memberi gelaran negatif kepada mereka tidak membantu kedudukan politik Terengganu.

"Hentikan, kerana mereka sebahagian daripada DUN Terengganu yang kita sama-sama dukung berdasarkan undang-undang di Terengganu, dan mereka dipilih melalui proses yang betul. Tidak adil kita belasah mereka," katanya. –TMI


No comments:

Post a Comment