Akhirnya terbukti tindakan Anwar Ibrahim menukar Khalid Ibrahim dengan individu lain mengetuai kerajaan Selangor amat tepat.
Belang
Khalid terdedah. Pembelaan pemimpin PAS kepada tokoh koporat itu
ternyata sia-sia dan hanya dipergunakan Khalid untuk memecah belahkan
Pakatan Rakyat di Selangor.
Mungkin bagi yang baru setahun
jagung dalam politik agak terkejut apabila melihat situasi Umno Selangor
menyokong Khalid semalam, tetapi bagi sesiapa yang pernah melihat
peristiwa pemecatan Anwar dari Umno dan perampasan kerajaan negeri Perak
daripada Pakatan maka mereka dengan mudah mengagak ‘game Umno’ dalam
kes Khalid ini.
Perkara yang paling ngeri bagi
penyokong PAS telah berlaku pada Isnin lalu. Khalid bertemu sultan
Selangor kemudian mengadakan sidang media pada jam 2.00 petang untuk
mengumumkan sultan membenarkan beliau kekal sebagai ketua pentadbir
negeri.
Tiba-tiba, dalam tempoh dua jam
selepas itu Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membuat kenyataan
media Umno memberi sokongan tanpa syarat kepada Khalid. Mengapa begitu
pantas?
Difahamkan Umno Selangor
mengadakan mesyuarat tergempar selepas Khalid membuat pengumuman. Namun
mesyuarat tergempar dalam mana-mana parti biasanya memerlukan tempoh 24
jam untuk memanggil pemimpin, berbahas dan membuat keputusan.
Adakah mesyuarat Umno Selangor
itu dibuat secara on line sahaja kemudian keputusannya dinyatakan secara
on line kepada Muhyiddin untuk dipersetujui?. Sesiapa yang faham kaedah
mesyuarat organisasi pasti merasa hairan dengan kepantasan Umno
memutuskan sokongan tersebut.
Tetapi sesiapa yang biasa dengan
muslihat Umno akan tersenyum lebar. Mereka pasti Umno telah mempunyai
keputusan muktamad sebelum Khalid bertemu sultan lagi. Umno telah
bermesyuarat lama sebelum itu. Malah lebih jauh, Umno boleh
dispekulasikan terlibat dalam grand design politik Selangor sebagaimana
mereka berperanan di Perak.
Jika dilihat isu penyelesaian
hutang Khalid dengan Bank Islam yang melibatkan personaliti Umno maka
penglibatan individu tertentu dari parti itu tentunya jauh lebih lama
dalam merancang dan melakar situasi, malah mungkin sejak 2013 lagi.
Cuma yang agak menghairankan
mengapakah Muhyidin memberi alasan menyokong Khalid kerana perjanjian
air Selangor. Bukankah minggu lalu Khalid telah memeterai perjanjian
penuh air pembinaan loji Langat 2. Perjanjian itu tidak boleh dimungkiri
walaupun Dr Wan Azizah diangkat menjadi MB Selangor.
Apa perlunya Umno ada seorang
agen dalam kerajaan negeri untuk menjaga perjanjian itu? Ataukah ada
lebih banyak perjanjian yang Umno ingin lakukan dengan kerajaan
Selangor?
Pada peringkat ini PAS perlu
menarik hand brek. PAS tidak boleh lagi terlajak menyokong Khalid dan
bersekongkol dengan Umno di Selangor. Setelah tembelang Khalid pecah PAS
wajib segera kembali kepangkuan Pakatan dan mengundi untuk
menyingkirkan Khalid di sidang tergempar DUN.
Sekiranya wujud ahli PAS yang
masih menyokong Khalid dan bersetuju dengan penyelewengan pemimpin itu
serta kerjasama beliau dengan Umno maka PAS wajib mengambil tindakan
disiplin dan membenarkan tindakan sekeras yang dikenakan PKR terhadap
Khalid.
Apa yang berlaku dalam sebulan
ini adalah proses pembersihan yang sepatutnya dilakukan oleh PKR selepas
PRU 13 lalu. Sebaliknya DAP dan PAS inginkan Khalid terus berkuasa. DAP
akhirnya sedar kesilapan mereka, kini PAS pula perlu sedar ketelanjuran
mereka. ~suara pakatan daily
No comments:
Post a Comment