Adalah benar apa yang pernah Lim Kit Siang katakan bahawa mesyuarat AJK PAS pada 17 Ogos untuk membuat keputusan sama ada atau tidak untuk menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, adalah penentuan masa depan Pakatan Rakyat itu sendiri.
DAP pastinya akan mengarahkan Hannah Yeoh meletakkan jawatannya sebagai Speaker Dewan dan kembali ke bangku simpanan DAP.
DAP
mempunyai 15 kerusi dan PKR 13 menjadikan jumlah mereka 28. PAS yang
mempunyai 15 kerusi dan 1 bebas (Khalid Ibrahim sendiri) tentulah sangat
berterima kasih kepada UMNO/BN yang mempunyai 12 kerusi kerana telah
menyatakan sokongan kepada mereka.
Maka DAP-PKR akan mempunyai 28 suara vs 28 undi daripada pakatan sarkis PAS-BN-Khalid Ibrahim. Ini adalah "perhimpunan bergantung".
Namun, perkembangan terbaru mendedahkan bahawa 4 Adun PAS telah menandatangani akujanji menyokong PKR...Kalau berita ini adalah benar, maka Khalid akan berdepan dengan undi tidak percaya.
Khalid Ibrahim tidak ada
pilihan selain terpaksa segera membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk
mengelakan dari proses undi tidak percaya terhadapnya apabila dewan
bersidang kelak.
Kumpulan sarkis yang menyokong Khalid hanya berbaki 24 sahaja berbanding dengan PKR13+DAP15+PAS4 =32.
Umno/BN yang cuma 12 kerusi itu tentu gembira kerana dapat membantu Khalid dan PAS untuk sama-sama bermain sarkis dalam khemah sarkis mereka.Siapa yang tidak gembira kerana akan dapat untung besar menangguk di air yang keruh!
Bukan sahaja kerjayanya
Khalid sebagai MB akan berakhir, malah era pemerintahan Pakatan Rakyat
di Selanor juga akan turun bersama Khalid? Nauzu billahi min zalik!
Pakatan Rakyat akan berdepan dengan kemarahan rakyat. Ada yang marahkan PKR. Ada yang marahkan PAS dan ada yang marahkan DAP.
Adakah lagi yang masih
marahkan UMNO/BN apabila segala kemarahan mereka tertumpu kepada tiga
parti bekas gabungan Pakatan Rakyat?
Sama-samalah kita tunggu, apakah kita berkesempatan untuk bersama Gengster Ustaz untuk Solat Syukur di kediaman Menteri Besar baru yang akan dilantik selepas Pilihanraya negeri jika berlaku nanti.
No comments:
Post a Comment