Apabila keadaan yang amat buruk berlaku kita bersabar dan belajar lagi kenapa keadaan itu berlaku. Jika cepat kita memahaminya, maka yang baik dan terbaik akan timbul.
Jika terjumpa yang buruk dan
tidak cantik, jangan terus dibuang kerana mungkin ada kebaikan di sebaliknya.
Di sebaliknya jika terjumpa yang cantik dan yang lawa, jangan terus diterkam
kerana di sebaliknya mungkin ada kecelakaannya.
Itu sebabnya mereka yang
berjaya di peringkat akhir ialah orang yang mempunyai tahap kesabaran yang
paling tinggi dan itu jugalah apa yang diajar oleh semua agama.
Tetapi dalam usaha menjadi yang
sabar itulah yang tersangat susah dan payah untuk dilakukan. ‘The one who laughs
last laughs the loudest and the one who smiles last will smile the sweetest’
itu kata-kata setengah orang yang bijak pandai yang saya dengar berkata.
Apa yang kita belajar dari
insiden di Selangor ini? Masing-masing memandang sesuatu perkara itu dari
banyak sudut, tetapi yang paling rapat sekali ialah pandangan dari sudut kepimpinan
bagi pihak yang ‘alternative’ kepada pimpinan yang menyandang pada hari ini.
Sebagai pihak ‘alternative’ elemen
yang terpenting ialah kewibawaan barisan pimpinannya terutamanya bagi pemimpin
utamanya.
Itulah yang saya secara jujur memandang terhadap pimpinan Pakatan
Rakyat ini. Kewibawaannya perlu lebih baik dari kepimpinan kerajaan yang sedang
hendak diganti dan di ambil alih ini.
‘Ibarat menggantikan sebatang pokok yang
reput, benih dan pokok yang hendak menggantikan pokok yang reput itu perlu
mempunyai kualiti yang lebih baik dari pokok yang hendak dianjak dan dialih’.
Anwar mempunyai masalah yang
besar terutamnya masalah peribadi yang sudah menjadi stigma kepada dirinya
sendiri. Kita tidak boleh menuduh dan menuduh yang segala apa yang berlaku terhadap
dirinya itu adalah fitnah semata-mata.
Yang pentingnya beliau sudah didapati
bersalah dan isunya adalah isu yang sangat besar dan susah hendak ditanggalkan
dari dirinya.
Kita tidak mahu membesarkan isu
ini tetapi pihak yang hendak mencari kepimpinan itu wajar memahami
bahawa isu
yang dihadapi oleh Anwar ini adalah isu yang teramat sensitif dan
bukannya
boleh diselesaikan dengan mudah begitu sahaja. Berbagai-bagai perkara
akan
berlaku jika Anwar masih dijadikan pimpinan utama kepada Pakatan Rakyat
ini.
Anwar boleh menyumbang kepada keamanan politik negara dengan cara
yang amat mudah, iaitu dengan bersara sahaja dan pengorbanan itu akan
dikenang sehingga bila-bila. Dengan bersara juga boleh memberikan
sumbangan yang bukan kecil kepada negara.
Isu ini tidak akan selesai dengan
mengembalikan tuduhan itu sebagai fitnah dan ‘conspiracy’ politik semata-mata.
Bukan semua manusia boleh yakin dengan alasan itu. Malahan bagi mereka yang
lebih senyap dan memerhatikan dari tepian politik akan lebih memahami keadaan
kerana mereka boleh ‘menyelam air dalam tunggak’ apabila menilai isu ini dengan
tenang.
Beban ini telah dipikul oleh
parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan mesti kita fahami yang mereka yang yakin
Anwar telah melakukan seperti apa yang telah diputuskan oleh mahkamah itu tidak
akan bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengganti BN yang sudah
reput ini.
Bagi saya Pakatan Rakyat perlu
mencari dan menentukan Ketua kepada gerakan mengganti kepimpinan kerajaan ini
adalah dari yang berwibawa dan ‘magnanimous’. Isu sekarang bukan sahaja untuk
mencari pimpinan yang menang dalam pilihanraya semata-mata.
Negara kita begitu serius
keadaannya dan cara yang boleh menyelesaikan masalah-masalah dan isu berbangkit
ialah dengan bertaut dan bersatu diantara semua yang bertelagah termasuk mereka
yang berada dalam kerajaan sekarang.
Kita mesti sedar keadaan
perpecahan ini bukan sahaja berlaku dalam Pakatan Rakyat tetapi juga berlaku
dalam BN, terutamanya diantara rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak,
yang berkait dengan berbagai isu, nasional dan tempatan.
Itulah sebabnya blog ini belum
lagi berhenti untuk kita semua yang bertelagah ini untuk duduk di meja bulat
untuk berunding dan memulakan siasah baru.
Elok perundingan ini di ketuai oleh
seorang yang berwibawa dan tidak terlibat dengan perebutan kuasa yang tidak
membawa apa-apa faedah dan hasil kepada mana-mana pihak.
Kita tidak boleh memberikan
tugasan ini kepada mereka yang terpalit dengan apa-apa isu yang buruk terhadap
batang tubuhnya.
Jika ini tidak dilakukan, maka kita akan menjadi sebuah negara
dalam mana setiap hari dan setiap masa rakyatnya berbelah-belah dan akan
sentiasa berpolimik politik yang tidak manghasilkan apa-apa.
Yang akan kita alami hanya
perpecahan dan pergaduhan kerana kepentingan peribadi semata-mata. Ingat samada
PAS atau DAP dan PKR, tanggungjawab anda bukan semata-mata untuk memenangkan
individu dan menghapuskan politik individu lain. Anda mempunyai perjuangan yang
lebih besar dari itu.
Tunjukkan kejujuran dan lakukan
yang terbaik. Melakukan yang terbaik bukannya bersukaria pihak lawan kalah,
tetapi untuk membawa semua yang bermasalah itu ke meja perundingan bagi mencari
penyelesaian yang berkekalan untuk kesejahteraan negara yang berbilang kaum
ini.
Sewmuanya, UMNO, DAP, MCA MIC dan semua parti-parti si Sabah dan Sarawak perlu berkumpul kepimpinannya dan berunding.
Sewmuanya, UMNO, DAP, MCA MIC dan semua parti-parti si Sabah dan Sarawak perlu berkumpul kepimpinannya dan berunding.
Jika keadaan sekarang
masih berterusan, tidak ada yang menang dan kalah diantara meraka. Yang
kalah hanyalah rakyat jelata yang sedang berperang dengan kesempitan
hidup seharian ini.
No comments:
Post a Comment