Wan Azizah membuat deklarasi yang
beliau mendapat 30 undi sokongan dalam Dewan Undangan negeri Selangor dan beliau
mempunyai hak untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid yang telah di
pecat dari partinya dan tidak mempunyai cukup bilangan ahli Dewan Undangan
menyokong beliau.
Wan Azizah mendapat sokongan dari
dua ADUN PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyokong beliau dan tidak bersama
Khalid. Jika itu ada kebenarannya maka elok di bawa ke Dewan Undangan dan
lakukan usul tidak percaya terhadap Khalid. Dewan akan bersidang November ini
dan usulkan sahaja undi tidak percaya terhadap Khalid.
Tetapi buat masa ini Khalid masih
Menteri Besar dan elok ditunggu sehingga November setelah Dewan Undangan Negeri
bersidang. Kekalkan sahaja sokongan yang di perolehi dan tidak perlu
bising-bising dan diterjemahkan kepada undi dalam usul tidak percaya kepada
Menteri Besar itu nanti. Apa-apa boleh berlaku sementara menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang November ini.
Tidak perlu tergesa-gesa kerana
Wan Azizah sudah dapat sokongan majoriti sebagai yang beliau umumkan pagi tadi.
Kerja tergesa-gesa akan merumitkan lagi keadaan kerana bertindak secara
tergesa-gesa akan memberikan kecenderungan untuk membuat keputusan yang tidak
tepat.
Tidak perlu lagi mendesak untuk
PAS menentukan sikap mereka kerana PAS hanya memerlukan seminggu sahaja untuk
membuat penentuan itu. Bak kata Sallehudin Ayob, Naib Presiden PAS, ini bukan
hendak menukar Ketua Kampung, tetapi ini menukar Menteri Besar. Apa hal di
sebalik tindakan tergesa-gesa ini?
Dengan perkembangan terbaru ini
tidak mustahil jika pilihanraya negeri akan berlaku dengan pembubaran Dewan
Undangan Negeri November ini atau lebih awal dari itu. Jika tidak ada
penyelesaian diperingkat parti-parti dalam PR, maka biarkan rakyat membuat
penentuan dan buat keputusan muktamad.
Dalam pada itu TS Khalid perlu
memberikan penjelasan hingga keakar umbi apa yang sedang berlaku melalui
penerangan kepada struktur pentadbiran kerajaan yang terendah yang bersama
dengan rakyat ramai iaitu JKKK. Sebagai kerajaan TS Khalid patut memberikan
fahaman kepada semua ketua-ketua kampung kerana ketua-ketua kampung adalah
pegawai kepada kerajaan yang memerintah apa pun parti yang mentadbir mereka.
Khalid perlu mendapatkan ‘feedback’
dari orang ramai dan rakyat bawahan untuk semua pihak mengambil keputusan yang
paling hampir kepada kemahuan pengundi-pengundi yang ramai. Kemelut sebegini
kalau tidak diawasi dan dikendalikan dengan baik mungkin akan membawa kepada
kekecuhan di setiap peringkat.
Jabatan Penerangan sepatuitnya
melakukan penerangan meminta semua pihak untuk bersabar dan dalam setiap penerangan
itu perlu ada bersama pegawai-pegawai keselamatan bersama. Yang paling penting
di berikan penerangan ialah semua ahli-ahli jawatankuasa kerana
pemimpin-pemimpin di setiap JKKK ini merupakan pentadbir kepada semua rakyat.
Tidak ada rakyat yang tidak ditadbir oleh mana-mana stuktur pentadbiran
kerajaan.
Yang penting sekarang ini para
pelaksana mesti melakukan apa yang perlu bagi mententeramkan semua pihak yang
bertelingkah. Tindakan perlu 'preemptive' kerana kita sudah masak dengan hasil
perkelahian seperti ini sejak lama dahulu.
Tindakan pelaksana ialah untuk
mengamankan keadaan di akar umbi kerana setiap pertelingkahan pimpinan akan
dirasai oleh rakyat di akar umbi.
Dalam kita menunggu keputusan PAS
pada 17 hb Ogos ini, segala pertimbangan perlu dibuat untuk menentukan semua pihak
tidak terbabit dengan pertelingkahan terbuka kerana ia akan menjejaskan keadaan
dan keamanan.
Tekanan terhadap PAS kian
memuncak dari dua parti yang lain yang berada dalam Pakatan Rakyat dan jika
akhirnya PAS bersama mereka keadaan tidak akan sama lagi kerana masing-masing
telah merasakan bahang tekanan DAP dan PKR ini.
Dalam hal ini PAS perlu hanya
memikirkan apa yang betul apa yang salah dalam tindakan pemimpin yang membuang
pemimpin yang berada dalam parti sendiri. Nilailah samada pemecatan Khalid atau
sebelumnya itu untuk memaksa Khalid keluar dari Pajabat Menteri Besar itu
adalah semata-mata kerana keperluan individu yang terdesak yang kita anggap
sebagai pemimpin selama ini.
Bagi mereka yang mempunyai
pemikiran yang jelas dan jujur Khalid dari awal tidak sepatutnya ditolak dari
Pejabat Menteri Besar itu kerana Khalid bukan mahu berada di sana sepanjang hayatnya, hanya setakat
menamatkan penggal yang sekarang sahaja. Tetapi oleh kerana ada manusia yang
begitu 'desperate' kerana kesalahannya sendiri sanggup meletakkan parti yang
dipimpinnya berpecah seperti yang kita lihat sekarang ini.
Sanggupkah PAS tunduk dengan
tekanan seperti ini, terpulang kepada kewibaan perjuangan parti itu. ‘Either
way’ PAS akan menjadi mangsa permainan politik individu dalam PKR dan permainan
politik 'menangguk diair yang keruh' dari sebuah lagi parti komponennya itu.
Kalau hendak tunggu dalam Pakatan
pun tidak membawa apa-apa kebaikan maka tindakan untuk tidak bersama adalah
tindakan yang paling wajar untuk di ambil oleh PAS. PAS tidak boleh memandang
rendah kepada kemampuannya sendiri. Yang penting PAS perlu mempertimbangkan dan
menilai keadaan dalam konteks ‘big picture’ politik tanahair bukan setakat
menilai di sekeliling keadaan di Selangor sahaja.
Rakyat sedang melihat,
terutamanya bangsa Melayu samada PAS tegas dengan pendiriannya untuk bangsa dan
agamanya atau setakat parti yang bermain politik lebih-lebih lagi politik
mempertahankan politik peribadi individu yang rakus untuk berkuasa semata-mata.
Tidak ada sebab PAS bersama
mempertahankan individu itu, sedangkan individu itu sendiri yang menyiksa dan
lalai terhadap dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment