N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Liwat II,
menerima waran tangkap hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah
esok.Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Serai akan didakwa di bawah
Akta Hasutan kerana menyabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dalam konspirasi Liwat II.
"Polis sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, peguam Anwar
dalam kes rayuan Liwat II," kata notis media yang dihantar.Beliau akan
didakwa di mahkamah Jalan Duta.Berikutan waran tangkap dikeluarkan atas
Surendran juga, beliau dikehendaki hadir ke Balai Polis Pudu pada jam 7
malam ini.
Ketua Pembangkang itu ketika ini dalam proses rayuan kes liwat yang
ditetapkan pada 28 dan 29 Oktober sebagai keputusan akhir.Awal hari ini,
Anwar mendakwa peguamnya tersebut menerima ancaman daripada Umno yang
melancarkan serangan dengan membuat laporan polis ke atasnya, serta
disokong media milik kerajaan.
Anwar menuduh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan secara
peribadi bertemu dengan Najib pada 24 Jun, 2008.Najib juga dituduh
menipu apabila pada mulanya mendakwa Saiful hanya bertemu pegawainya dan
pertemuan itu hanya berkenaan isu biasiswa.
"Kemudiannya, Najib menukar ceritanya dan mengaku berjumpa Saiful di
kediamannya."Pertemuan itu dirancang pegawai khas Najib sendiri, Khairil
Annas Jusoh. Malah peguam pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
juga mengakui bersama," katanya.
Katanya, lebih jelas lagi wujud konspirasi apabila pegawai polis atasan
SAC Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof yang terlibat mendakwanya pada 1998
juga bertemu Saiful selepas pertemuan dengan Najib petang tersebut."Ini
jelas konspirasi berlaku di depan mata kita," kata Anwar.
Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap
Anwar selepas mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya itu,
kira-kira 6 tahun lepas.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga
hakim mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, membenarkan
permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan
dengan jaminan RM10,000. ~tmi
No comments:
Post a Comment