"Dengan barisan penceramah hebat seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, R Sivarasa dan Elizabeth Wong masih gagal untuk mengundang orang ramai untuk hadir mendengar kutukan dan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim. CTS mencadangkan agar ceramah-ceramah selepas yang akan diadakan selepas ini perlu diadakan hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, laptop dan sebagainya untuk menarik orang ramai untuk hadir". .. CUCU TOK SELAMPIT
Begitulah ayat yang dipaparkan dalam sebuah blog Pro UMNO totok sampai ketulang sonsom yang cuba memberi gambaran bahawa Majlis Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor malam tadi 17hb Ogos 2014 di Pekarangan Dewan JKKK, Kg Paya Jaras Tengah, Paya Jaras, Sg Buluh, Selangor (Tepi tapak Pasar Malam Paya Jaras) sambutan hambar.
Sepertimana apabila ianya datang dari blogger UMNO wajib dan suatu kemestian kena tapis dan dibuat saringan sebab peratus menipu dan memutar terlalu tinggi melebehi 99.9 peratus.
Bila dilakukan sedikit siasatan maka jelas ianya suatu kisah penipuan dan fitnah nyata dengan cuba memutar rakaman gambar dalam sebuah khemah kecil yang agak lengang sedangkan para hadirin lebih selesa berada diluar khemah.
Cara dan taktik usang memutar fakta ini dikira sudah ditelan zaman dan pupus tarikh.
Kalau digunakan dizaman ketika internet belum wujud mungkin masih laku dan rakyat akan terpaku menerimanya ... tetapi macai-macai UMNO lupa yang kini informasi dihujung jari ... boleh dikilas dengan fakta dengan gambar sebagai bahan bukti bicara sepantas kilat.
Benar tetap benar salah tetap salah walaupun ianya datang dari insan yang berlainan anutan dan sokongan politik .. Politik Emosi tidak membawa kemana.
Moral artikel ini ialah .. jangan terlalu bersifat benci sehingga kebenaran ditolak ketepi... Jangan bersifat terlalu marah sehinggakan fakta kita sanggah.
No comments:
Post a Comment