اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 31, 2014

EDISI LIDAH BERCABANG ... SELEPAS KUTUK, BUAT PUSINGAN U ... KINI PUJI BALIK.



Tun Dr Mahathir Mohamad memuji Datuk Seri Najib Razak selepas pengumuman suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional Bhd ke dalam Malaysia Airlines (MAS) Jumaat lalu.

Dalam temuramah dengan Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir memuji pentadbiran perdana menteri, dua minggu selepas menegur kelemahan Najib dan mengumumkan penarikan balik sokongannya.

"Khazanah sudah memperuntukkan dana RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja. Maka kos (operasi) turunlah.

"Pemberhentian penerbangan ke tempat yang tidak ramai penumpang juga boleh mengurangkan kos. Saya ucap tahniah," kata bekas perdana menteri itu dipetik akhbar itu.

Mengenai hasil dan keberkesanan langkah yang diumumkan kerajaan, Dr Mahathir mengambil pendekatan tunggu dan lihat ke atas usaha pemulihan tersebut.

"Kita tunggu dan lihat keberkesanan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan juga Khazanah," katanya.

Di bawah pelan pemulihan MAS yang diumumkan Khazanah Nasional baru-baru ini, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja, dan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurangan pekerja besar-besaran itu ekoran kerugian MAS sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas dua tragedi pesawatnya, iaitu kehilangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan Lembaga Pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti lebih kukuh dan cekap.

No comments:

Post a Comment