Written By canang on Sabtu, 30 Ogos 2014 | 8/30/2014 11:22:00 PTG
Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa.
Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.
pengguna Facebook berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook.
Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.
Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi.
No comments:
Post a Comment