KUALA LUMPUR: Rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown dibaling bom botol molotov cocktail pada kejadian jam 11.48 malam tadi, lapor Bernama.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.
Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.
Bercakap kepada media, katanya kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri itu akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis.
Abdul Rahim berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.

No comments:
Post a Comment