KUALA LUMPUR 16 OGOS: Akuan Bersumpah yang ditandatangani 30 ADUN Selangor adalah sah dan mencukupi untuk membuktikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti ahli dewan, kata peguam dari Lawyers For Liberty, Afiq M Noor.
Beliau berkata demikian mengulas kenyatan peguam Khalid yang menyatakan SD berkenaan bukan bukti konklusif dan boleh ditarik serta dipinda pada bila-bila masa.
"Saya percaya bahawa kesemua 30 ADUN yang menandatangani Akuan Berkanun
tersebut, telah mengetahui dan maklum akan implikasi perundangan
sekiranya mereka menyediakan satu akuan palsu dan tidak benar.
"Menurut Seksyen 3 Akta Akuan Berkanun 1960, menyediakan satu akuan
palsu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.
"Nyata Akuan Berkanun yang disediakan oleh 30 ADUN tersebut adalah satu
dokumen yang serius dan mempunyai kesan di bawah undang-undang," ujarnya
merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 2010 dalam kes Dato’ Seri
IR Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin melawan Dato’ Seri Dr. Zambry Bin
Abdul Kadir.
Afiq dalam pada itu turut mempersoalkan mengapa Khalid sendiri tidak
memanggil satu sidang khas bagi membolehkan satu undi tidak percaya
dibuat ke atas dirinya."Bola berada di gelanggang Khalid kerana seorang
MB boleh memanggil satu sidang khas di Dewan Undangan Negeri," katanya.
Menurutnya lagi, adalah mustahil dan tidak masuk akal apabila Khalid
meragui bahawa 30 Adun berkenaan tidak lagi yakin dengannya sebagai
Menteri Besar.
"Saya percaya kita tidak lagi berkomunikasi menggunakan perantaraan
burung merpati seperti zaman dahulu. Kebanyakkan dari kita di Malaysia
boleh mengetahui apa yang berlaku di segenap penjuru dunia kurang dari 2
saat," katanya. ~sk
No comments:
Post a Comment