Ini yang admin tambah:
Sebelum
ini yang aku tibai kaw-kaw tu hanya kepada yang bermulut luas dan bau
longkang dan juga mereka duduk di atas kerusi tapi suka goyang tak
kiralah dari PAS atau PKR atau DAP!
Hang kena ingat bukan parti yang lantik hang tetapi rakyat yang pangkah hang untuk menang
Kepada yang bergelar pemimpin, berhentilah meletakkan diri setaraf macai!
Kepada yang bergelar pemimpin, berhentilah meletakkan diri setaraf macai!
Ringkasnya berikut keputusan mesyuarat tadi:
Keputusan Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang diumum oleh Timbalan Presiden Tuan haji Mohd Sabu.
a) Pas tetap bersama Pakatan Rakyat
b) Pas tidak akan meminta kerusi MB Selangor,
c) 4 Exco Pas di dalam MMKN akan kekal berkhidmat; dan
d) Pas cadangkan dua (2) nama sebagai MB iaitu
i) YB Datin Seri Wan Azizah
ii) YB Azmin Ali
Secara tidak langsung PAS telah menekan brek.
Hancur berkecai harapan sesetengah pihak untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.
Bagi gerombolan
dalam PAS yang begitu kuat meniup bara perpecahan PR demi membina
jambatan kerajaan perpaduan UMNO-PAS, bermuhasabah dirilah. Kajian
senario mengkomer boleh masuk bakul sampah sahaja.
Bagi gerombolan dalam PKR yang masih mengamalkan kronisme, juga perlu bermuhasabah diri. Kronisme itu perangai UMNO.
Bagi gerombolan
dalam DAP yang mulut tidak pandai zip, ingatlah! Mengamalkan ajaran
Islam itu wajib bagi umat Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud.
Tiada pemimpin
yang sempurna. Setiap pemimpin ada kekuatan dan kecacatan. Pengikutlah
yang menampung kecacatannya sehingga kepimpinan itu menjadi sempurna.
Hormatilah pengikut. Maka pengikut akan menghormati pemimpin.
YB = Yang Berkhidmat.
No comments:
Post a Comment