Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.
Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan
PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi
meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana
yang diamalkan presiden PAS.
Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah
adalah mustahil dalam integriti politik moden. Di negara barat
sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha
Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang
meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.
Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh
timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga
mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang
tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil
pendekatan berbeza terhadap Khalid?
Menunggu sehingga mahkamah menjatuhkan hukum bersalah tidak wujud dalam budaya politik baru. Ia hanya wujud dalam politik Umno.
Dan tentunya menteri umno tidak akan didapati bersalah di mahkamah.
Oleh itu selama mana mereka mahu memegang jawatan maka mereka bebas
melakukannya.
Pujian wajar diberikan kepada golongan profesional PAS kerana
mempertahankan integriti dalam pemerintahan. Biar pun mereka tidak
tinggi ilmu agama tetapi mereka mampu memberikan contoh yang dipandang
tinggi masyarakat.
Sekiranya golongan profesional ini akhirnya menubuhkan parti baru atau
bergabung dengan PKR maka mereka dengan mudah akan diterima pengundi.
Sebaliknya, PAS yang kekal dengan tradisi ulamanya akan tenggelam dalam
arena politik.
Terutama di Selangor
yang mana rakyatnya cerdik politik. Mereka tidak mudah diperangkap
dengan hujah dosa dan pahala. Mereka faham antara ustaz yang berceramah
dan ahli politik yang mempertahankan integriti.
Sekiranya golongan ulama PAS bertegas membela Khalid dan parti itu
berpecah dua maka mereka wajib faham mereka akan jatuh, sama seperti
selepas pilihan raya Kelantan 1978.
Namun PAS jangan terlalu yakin tanpa parti itu Pakatan akan berkubur.
Rakyat yang dahagakan perubahan tidak mengira siapa pun asalkan mereka
tidak ditipu oleh Umno. Jika Pakatan (PKR – DAP) bertanding PRU maka
kedua-duanya akan diberi undi.
PAS yang berkerjasama dengan BN akan hilang undi di kawasan-kawasan
Melayu. PAS boleh mencuba kerajaan perpaduan, namun bukan dengan
sokongan golongan profesional parti itu. Profesional akan pindah ke
parti baru yang lebih kredibel. ~ suara pakatan daily
No comments:
Post a Comment