اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, August 11, 2014

Adakah Takdir Tuhan Bahawa Pas Adalah Sebuah Parti Yang Bodoh?

 

Apabila PAS membuat keputusan untuk memihak kepada TS Khalid Ibrahim dalam isu kemelut MB Selangor sedangkan rakan parti dalam pakatan rakyat, PKR jelas menolak dengan mengemukakan pelbagai 'masalah' berkaitan dirinya, sebenarnya bakal mengundang rasa tidak puas hati penyokong 'tidak fanatik' dengan parti itu.

PAS boleh bersedia dengan perkara berikut;

penurunan undi (proters) dari pengundi semasa PRU dan PRK

Kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen kelak

Terdapat ahli PAS yang akan keluar parti. Mungkin dalam jumlah yang banyak

Dan kenyataan bahawa PAS tidak kisah jika keluar dari pakatan rakyat hanya kerana isu Menteri Besar ini sebenarnya amat mengecewakan pengundi yang memberi harapan besar kepada PAS - PKR - DAP. Lainlah jika memang sudah ada lama rasa tidak puashati PAS dalam PR selama ini.

Apa lagi option yang ada untuk rakyat yang kecewa?

PAS mungkin sudah sedia untuk bergerak bersendirian lagi. Tapi apakah benar-benar bersendirian? Bagi UMNO. Jika PAS keluar pakatan, ini suatu keberuntungan besar. UMNO tidak perlu lagi bersusah payah merayu simpati PAS untuk berkerjasama.

Siapa yang bakal rugi?

PAS?

PKR?

DAP?


atau yang bakal rugi dan sengsara adalah rakyat?

Disesuaikan dari- penburuk


No comments:

Post a Comment