اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, August 27, 2014

Tinggalkan PAS jika tidak setuju bersama Pakatan, kata Khalid Samad

 TIADA TEMPAT BUATMU DI HATI KAMI, PERGILAH...



OLEH LEE SHI-IAN
Published: 27 August 2014
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui secara terbuka wujudnya puak dalam PAS yang tidak bersetuju PAS terus bersama Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Ogos, 2014
Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.

"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain."

Peranan PAS dalam Pakatan diperdebatkan beberapa kali oleh ahli dan pemimpinnya dan yang terbaru semasa isu menteri besar Selangor.

Beberapa ahli secara terbuka meminta para pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi.

Bagaimanapun, Khalid tetap yakin PAS boleh menjadi ahli berkesan dalam PR dan juga menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan menteri besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid.

"Terdapat banyak cara untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti, dan ini termasuk akuan berkanun."

Beliau berkata Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) memainkan peranan penting dalam isu menteri besar Selangor.

"Tindakan Saari dan Hasnul adalah penting kerana ia adalah satu petunjuk yang jelas bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan majoriti."

"Walaupun ramai mengkritik kedua-duanya, tidak ada ragu kesan daripada keputusan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."

Khalid berkata, ini adalah punca jalan buntu di Selangor berjaya dipecahkan dan Khalid terpaksa menyerahkan surat peletakan jawatannya dan diterima oleh Sultan Selangor.

"Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil kira kekurangan sokongan majoriti untuk Khalid sebelum menerima perletakan jawatan beliau."

Khalid berkata, jika menteri besar itu memastikan peralihan kuasa yang licin sebelum dipecat daripada PKR, beliau boleh dinamakan sebagai penasihat kepada menteri besar Selangor yang baru.

"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." – 27 Ogos, 2014. (SUMBER TMI).
********************
Kepada siapakah ditujukan kata-kata Khalid Samad ini?
Mungkin ada yang boleh jawab.
Sekarang kita tidak boleh kata "siapa yang makan nangka dia kena getah." Ini kerana nangka sudah boleh dibeli dalam paket. Orang lain yang belah nangka itu. Orang lain yang kena getahnya. Asal kita ada duit, kita boleh makan nangka tanpa kena getah.
Walau bagaimanapun kalau terlalu banyak makan nangka perut akan jadi kembung, atau kepala jadi pening. Mungkin juga sendawa berbau nangka. Mungkin juga akan kentut bertalu-talu...
Akhirnya orang akan tahu juga siapa yang makan nangka itu.
Duit tidak akan dapat menyembunyikan si pemakan nangka.
Tak faham, tak boleh buat apa.


No comments:

Post a Comment